• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Dipanggil Lagi Oleh SPRM

oleh Ahmad Albab
16/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya jam 10 pagi ini, menurut sumber suruhanjaya itu.

Najib dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes baharu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 3 Oktober lalu, Najib memberi keterangan hampir tiga jam di Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA), di Menara KPJ, Jalan Tun Razak.

Difahamkan, Najib hadir kali ketiga untuk memberi keterangan kepada Unit AMLA berhubung siasatan skandal 1MDB serta proses transaksi kewangan pada 2011.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman sebelum ini dilaporkan akan memanggil semula Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berikutan pihak berkuasa memerlukan maklumat tambahan daripada pasangan terbabit untuk membantu siasatan.

Pada 27 Ogos lalu, Najib hadir bersama peguamnya ke pejabat AMLA, bagi membantu siasatan berhubung 1MDB sekitar jam 10 pagi.

Beliau sekali lagi hadir di unit berkenaan pada 30 Ogos lalu, namun gagal dikesan pihak media selepas beliau dipercayai menggunakan laluan belakang menara.

Sebelum ini, Najib berhadapan dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA) dan empat tuduhan lain berhubung dana RM42 juta milik SRC International yang berada dalam akaun peribadinya. – BH ONLINE

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd