• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Arah Lapor Polis Terhadap Najib

oleh Ahmad Albab
12/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengarahkan pembantunya untuk membuat laporan polis supaya membuka semua kes-kes pembunuhan yang membabitkannya.

“Esok, saya akan meminta pembantu saya untuk membuat laporan polis terhadap saya supaya pihak polis di bawah kerajaan Pakatan Harapan boleh menyiasat semula jika saya terlibat dalam semua kes-kes pembunuhan ini,” katanya dalam suatu hantaran Facebook malam ini.

Menurut Najib tindakannya membuat laporan polis terhadap dirinya sendiri itu selepas beberapa kali mendesak pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya memujuk pihak berkuasa menyiasat semula beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi.

“Untuk kali kelima, saya mendesak Kit Siang untuk memenuhi apa yang dia mahu minggu lalu iaitu membuka siasatan khas untuk kesemua kes-kes ini tetapi saya rasa ini membuang masa sahaja untuk melayan dia.

“Kit Siang berpusing pusing cuba mengelirukan penyokongnya kononnya saya menulis Kit Siang pernah berkata tiada keperluan untuk kes-kes itu disiasat lagi, walhal saya sendiri berulangkali mahukan kes itu disiasat semula memandangkan HARAPAN kini adalah kerajaan,” kata Najib lagi.

Sementara itu, MP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang pula berkata Najib berbohong hampir setiap hari.

Menurut Kit Siang, Najib menuduh pemimpin parlimen DAP itu tidak mahu menggesa pihak berkuasa membuka semula siasatan terhadap beberapa kes antaranya pembunuhan warga Mongolia Altantunya Shaarribuu dan bekas pendakwa raya Jabatan Peguam Negara, Kevin Morais.

“Najib bersalah kerana berbohong hampir setiap hari.

“Semalam Najib berbohong lagi dengan menyebut beliau bersetuju untuk membuka semula kes kematian misteri Altantunya Shaarribuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock, tetapi ‘Kit Siang berkata kemudian kes-kes itu tidak patut disiasat lagi’.

“Bila saya cakap begitu?” Soal Kit Siang dalam kenyataannya hari ini. – www.malaysiakini.com

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakLim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PH Akan Tentukan Tarikh Sesuai Anwar Jadi PM

Next Post

Melaka Dilanda Banjir, 3 Pusat Pemindahan Dibuka

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Melaka Dilanda Banjir, 3 Pusat Pemindahan Dibuka

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd