• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Masih Boleh Berkasut Putih Sehingga 2020

oleh
13/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA… Setelah kecoh dikutuk rakyat, peraturan pemakaian kasut warna hitam oleh murid di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan hanya dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 2021.

Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan media di Putrajaya dengan berkata, keputusan itu terpaksa diambil selepas pihaknya mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan.

Pihak berkepentingan itu ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa, guru-guru, murid; pihak pentadbir sekolah; pertubuhan bukan kerajaan dan pembekal kasut berwarna hitam di seluruh negara.

“Untuk pelaksanaannya, kementerian juga bersetuju agar pemakaian kasut berwarna hitam dilaksanakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan 2019 dan diperluaskan penggunaan pada 2020,” katanya.

Menurut kenyataan kementerian berkenaan lagi, dalam tempoh transisi tersebut, semua murid sebenarnya masih lagi dibenarkan untuk memakai kasut yang berwarna putih ketika waktu persekolahan.

“Dalam tempoh transisi ini juga, pihak pentadbiran sekolah diminta untuk tidak mengadakan peraturan atau memaksa semua murid dan pelajar memakai kasut yang berwarna hitam.

“Ibu bapa dan penjaga juga dinasihatkan agar tidak tergesa-gesa menyediakan anak-anak mereka kasut berwarna hitam kerana mereka masih boleh membuat pilihan sehingga 2020,” katanya.

Pada Julai lepas, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dilaporkan berkata, lebih lima juta pelajar akan memakai kasut hitam bermula tahun depan selepas ambil kira keluhan ibu bapa mengenai tahap kebersihan kasut putih.

Namun, keputusan itu menimbulkan kebimbangan beberapa pihak termasuk Persatuan Peruncit Malaysia mengenai kemungkinan peruncit dan pengeluar di negara ini tidak mampu menampung permintaan terhadap kasut hitam.

Ekoran isu berkenaan, Maszlee selepas itu berkata, kerajaan bersetuju untuk memberi kelonggaran selama setahun kepada semua pihak bagi pelaksanaan peraturan tersebut.

Menurutnya tempoh itu adalah bagi menyesuaikan pelbagai pihak terhadap peraturan baharu tersebut termasuk ibu bapa yang mungkin terbeban jika pelaksanaannya dilakukan secara drastik. – Agensi/Mynewshub.TV

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd