Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Para KL2017: Emas Tunggal...

KUALA LUMPUR - Kem memanah negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017...

Hidayah Pada Hari Lahir...

GEORGE TOWN - Mengambil keberkatan dan erti pengorbanan Aidiladha, seorang lelaki memilih untuk...

Jangan Terpedaya Aplikasi Palsu...

PUTRAJAYA - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminta orang ramai tidak terpedaya dengan...

Jepun Siap Sedia Hadapi...

TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran mengenai taufan kuat yang sedang bergerak menuju...

Murid Darjah 1 Maut Dipercayai Dilanggar Van Sekolah

SHAH ALAM – Seorang murid lelaki darjah satu maut dipercayai dilanggar van sekolah yang dinaikinya dalam kejadian di hadapan rumah mangsa di Seksyen 18 di sini, petang semalam.

Mangsa, Ahmad Damian Iqbaal Abdullah, 7, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata mangsa yang merupakan murid di Sekolah Kebangsaan Seksyen 18 di sini, maut akibat kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 6.45 petang, selepas mangsa yang baru pulang dari sekolah turun dari van tersebut yang dipandu seorang lelaki berumur 66 tahun.

“Ketika sampai di hadapan rumah mangsa, pemandu van tersebut memberhentikan kenderaan untuk menurunkan penumpang termasuk mangsa.

“Kemudian, ketika ingin meneruskan perjalanan tiba-tiba pemandu van terbabit terasa seperti terlanggar sesuatu dan setelah diperiksa lelaki itu mendapati mangsa berada di bawah vannya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis tamat perkhidmatan kor kadet polis daerah Shah Alam di sini, hari ini.

Menurut Baharudin mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Shah Alam sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.


Katanya lagi, pemandu van sekolah itu kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Huda Athirah Abu Bakar, 28, berkata Ahmad Damian Iqbaal yang merupakan anak sulung daripada dua beradik dikatakan tidak sempat menjamah roti sosej yang dibeli ibunya, Hazialina Abu Bakar, 26.

“Hazialina masih terkejut dan trauma akibat kejadian ini. Bagaimanapun beliau ada menyatakan bermimpi anaknya itu pada pukul 3 pagi tadi yang Iqbaal meminta ibunya supaya kuat kerana Iqbaal telah tenang dan berada di satu tempat yang indah,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa.

Jenazah Ahmad Damian Iqbaal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, selepas solat zohor tadi. – BERNAMA

Kategori