• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mujahid Kecewa Agamawan Kritik Melulu Tanpa Minta Penjelasan

oleh Ahmad Albab
08/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kecewa dengan sikap agamawan tertentu yang mengkritiknya secara melulu tanpa menunggu penjelasannya terlebih dulu.

Ia susulan laporan The Star yang memetiknya sebagai berkata, pihak berkuasa agama tidak akan lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu malam untuk menyiasat dan menjalankan operasi khalwat serta kegiatan maksiat lain.

Mujahid berkata, golongan agamawan itu sepatutnya meminta atau menunggu penjelasannya terlebih dulu sebelum memberi pandangan berhubung perkara itu jika mereka menghormatinya.

“Ada sesetengah orang tidak tengok transkrip penuh (yang dimuat naik di Facebook Mujahid), hanya ambil tajuk lalu maki hamun dan cerca. Macamlah menteri agama ini bodoh sangat, macamlah menteri agama ini tak ada agama dalam diri dia.

“Kalau yang cakap itu orang di media sosial saya tidak kisah kerana bukan peringkat kita nak bincang dengan mereka, tetapi ada yang bercakap ini agamawan, mereka yang dihormati masyarakat.

“Paling tidak, ambillah sikap meminta penjelasan daripada menteri dulu apa sebenarnya yang dikata, jika kita hormat dia tapi kalau tak hormat dia, memang dari awal lagi akan belasah.

“Akhirnya apabila saya tegur kesilapan tajuk itu dan minta mereka baca transkrip sepenuhnya, mana kita nak letak muka,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Meja Bulat Falsafah dan Tatacara Hukuman Jenayah Syariah Dalam Mencapai Matlamat Rahmatan Lil Alamin di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS), Prof Mohammad Hashim Kamali.

Mujahid menegaskan, tidak mempertikai kuasa jabatan agama membanteras kegiatan maksiat, sebaliknya membangkitkan bagaimana ia boleh dilaksanakan secara lebih bertanggungjawab serta tidak mencemarkan prinsip Islam sebagai rahmatan lil alamin (rahmat buat seluruh alam).

“Saya tidak akan cakap melainkan tahu apa yang saya bicarakan. Jangan pandang rendah orang, kita semua mesti terbina di atas pengetahuan,” katanya.

Sebelum ini, laporan The Star memetik Mujahid berkata apa yang dilakukan orang Islam di sebalik pintu tertutup bukan urusan kerajaan, mencetuskan polemik dengan pelbagai pihak termasuklah ahli politik, mufti dan badan bukan kerajaan (NGO) tampil mengkritik atau menyokong kenyataannya.

Antara yang menentang keras kenyataan itu termasuklah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad dan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula mempertahan dan senada dengan kenyataan Mujahid, manakala Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar pula, mengambil pendekatan mahu menunggu kenyataan lanjut daripada Mujahid sebelum mengulas isu berkenaan.

Bagaimanapun, Mujahid kelmarin tampil menafikan ada mengeluarkan kenyataan mahu menghentikan ‘ketukan pintu pada waktu malam,’ ketika ditemubual wartawan The Star, dan mendakwa perkara itu dirumus sendiri media berkenaan. – BH ONLINE

Tags: AgamawanDatuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kenyataan PAS tidak bersedia untuk menyertai 'Rumah Bangsa' anjuran Presiden UMNO menunjukkan parti itu tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd