Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Dua Anak Presiden Jokowi...

JAKARTA : Dua anak lelaki Presiden Joko Widodo atau Jokowi, Gibran Rakabuming dan...

Johan Dikongkong & Dikawal...

BELUM pun reda kontroversi cium mulut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)...

Najib Yakin Abang Jo...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Ketua Menteri baharu Sarawak...

TMJ Sindir Khairy.. Suruh...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail kelmarin meminta Menteri...

Mueang Kao Saji Menu Thai Islam Terbaik

UNIK… Sekali pandang di luar, mungkin ramai anggap ia sekadar sebuah restoran tipikal Siam yang ditemui di Lembah Klang dengan hidangan tom yam biasa dibuat tukang masak dari selatan Thai.

Namun, pandangan bosan sedemikian bakal berubah sebaik masuk premis ini yang cukup popular dalam kalangan penggemar masakan asli Thai dan paling unik, ia langsung bebas daripada unsur haram termasuk babi dan arak.

Begitulah kehebatan Mueang Kao Thai Cuisine (MKTC) di Jalan SS22/11, Damansara Jaya, Petaling Jaya, Selangor ini yang baru sahaja dibuka awal tahun ini oleh dua sahabat berbeza agama dan bangsa, Iman Rosul dan Esther Yap.

Esther Yap dan Iman Rosul.

Menariknya, mereka berdua hanya kenal secara kebetulan sedekad lalu apabila Iman; yang ketika itu baru bergelar penternak ketam nipah di kampungnya di Kuala Kemaman, Terengganu, mula bertemu Esther di Williams Corner.

Wanita kacukan Jepun dan Cina tersebut; yang sudah 11 tahun bertugas di medan selera terkenal di Kelana Jaya, Petaling Jaya itu, turut berkongsi minat sama dengan Iman iaitu gemar makanan Thai tetapi timbul satu masalah.

Mereka mendapati hampir semua restoran yang jual hidangan Thai sebenarnya bukan sajian tradisional penduduk negara itu kerana masakan dijual rata-ratanya dari wilayah selatan dan lebih banyak dipengaruhi unsur Malaysia.

“Di Thailand, ada empat jenis masakan mengikut wilayah sama ada di utara, timur laut, tengah dan selatan. Setiap kawasan itu ada pengaruh masakan Cina dan negara jiran kecuali wilayah tengah yang masih lagi kekal keasliannya.

“Justeru menu kami menampilkan juadah asli yang memiliki kehalusan teknik masakan serta ramuan khas tertentu daripada pengaruh hebat empat bandar utama Ayutthaya, Sukhotai, Bangkok dan Kanchanaburi,” kata Iman.

Mujur Esther pernah berkahwin dengan seorang lelaki warga Thai; yang merupakan cef berpengalaman di banyak restoran ternama dan dari situ, beliau turut tahu banyak petua selok-belok teknik betul masakan negara berkenaan.

Uniknya, bagi menggambarkan restoran itu memang hidang menu asli Thai yang tiada pun di tempat lain, bahagian depan premis MKTC dihiasi pelbagai barangan antik termasuk mesin taip, mesin jahit, piano kecil dan lampu meja.

“Kebetulan bapa saya minat barang lama, malah nama restoran ini iaitu mueang kao juga sempena dengan hobi itu yang bermaksud bandar lama merujuk kota tua di wilayah tengah Thailand dan kaya dengan sejarah,” jelas Esther.

Bahkan singkatan nama premis tersebut iaitu MKTC juga agak sentimental buat Iman sendiri kerana kebetulan ia ada kena-mengena dengan dirinya sebagai bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu.

“Akronim restoran ini boleh bawa maksud MRSM Kuala Terengganu untuk huruf MKT manakala TC juga bererti Thai Central iaitu rujukan makanan di sini masih pelihara keaslian masakan Thai dari wilayah tengah,” ujarnya lagi.

Sesuai imej namanya, hidangan dijual mereka sebenarnya dianggap amat nadir tetapi cukup sedap dimakan dengan harga berpatutan dan paling penting, semuanya adalah bebas daripada pengaruh daging babi dan minuman keras.


“Saya sudah jelajah seluruh Bangkok dan wilayah tengah Thai, boleh dikatakan hampir semua makanan Siam di situ tidak lagi asli kerana rasanya sudah bercampur-aduk dengan unsur Cina dan jirannya, Malaysia,” terang Iman lagi.

Popia Goreng Thai.
Salad Daging.
Terung Goreng Thai.
Pha Baan Suan.

Tidak hairanlah, MKTC jadi pilihan warga Thai sama ada yang bekerja atau belajar di Lembah Klang kerana menu disajikan dan lagu Siam dipasang premis itu mengingatkan mereka imbau nostalgia kampung halaman di tanah air.

Bagaimanapun, cabaran terbesar sewaktu mula buka MKTC ialah cari bahan ganti kepada babi dan arak bagi setiap makanan dengan yang halal, namun pada masa sama, versi halal itu masih tetap kekalkan keaslian cita rasa Siam.

“Alhamdulillah, percubaan kami berjaya. Mungkin inilah satu-satunya restoran masakan Thai tradisional diusaha peniaga Melayu Islam sehingga mampu tarik ramai pelanggan Muslim menikmati hidangan Siam tulen,” ujar Iman.

Berbeza restoran Thai lain, MKTC tiada cef tetap, sebaliknya semua staf boleh memasak di dapur asalkan ikut aturan standard ketat yang ditetapkan Esther dan konsep unik premis itu ujar Iman, bakal difrancaiskan ke seluruh negara.

Antara menu wajib dirasa ialah miang kham iaitu kudapan tradisional dengan rasanya pedas manis boleh dimakan bersama daun kaduk dan juga tom yam putih dengan bumbu udang yang menawarkan gabungan rasa pedas masam.

Juga jangan lupa pesan kangkung goreng Thai bersama sos istimewa yang dimakan dengan nasi panas atau sebagai kudapan boleh dinikmati begitu saja selain otak-otak kukus berkuah lemak pedas pekat dalam buah kelapa muda.

Miang Kham.
Tom Yam Putih Seafood.
Kangkung Goreng.
Otak-Otak Kelapa Seafood.

Untuk hidangan berat, restoran ini ada tawar masakan kukus jade perch, sejenis ikan air tawar popular Australia yang diternak abang Iman di Seremban, Negeri Sembilan dengan khasiat Omega 3 jauh lebih baik daripada salmon.

Tidak ketinggalan hidangan ketam nipah dari ladang keluarga Iman di Terengganu sama ada masak kari, kukus atau tiga rasa Thai yang tiada di tempat lain dan perlu ditempah sekurang-kurangnya sehari lebih awal untuk dimasak.

Bagi pencuci mulut pula, selain pulut mangga, cuba nikmati ais krim kelapa atau sangkaya dengan taburan biskut kelapa dan kacang rangup serta bubur berisi nangka dan buah kabung yang sesuai dimakan semua peringkat usia.

Jade Perch Kukus.
Ketam Nipah BBQ.
Ais Krim Kelapa.
Pulut Mangga.
Bubur Nangka dan Buah Kabung.

Mueang Kao Thai Cuisine dibuka setiap hari dari jam 2 petang hingga 11 malam dan bagi mereka yang ingin dapat maklumat lanjut, boleh terus layari laman sosial Facebook serta Instagram dengan nama sama. –

Mueang Kao Thai Cuisine…..
Call 014-2731512 for booking
Address : No.21, Jalan SS 22/11 , Damansara Jaya, Petaling Jaya . Malaysia

 Mynewshub.TV

 

Kategori