• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mercedes-Benz Malaysia Jangka Catat Satu Lagi Tahun Raih Jualan Tertinggi

oleh
08/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd berada di landasan untuk mengatasi jualan tertinggi pada tahun lepas sebanyak 12,045 kenderaan mewah, selepas menyerahkan 10,143 kereta premium dalam tempoh sembilan bulan pertama 2018.

Naib Presiden Bahagian Jualan dan Pemasarannya, Mark Raine berkata angka setakat tahun ini itu adalah kenaikan 16 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas dengan bahagian pasaran 2.5 peratus — peningkatan 0.2 peratus tahun ke tahun.

Menurutnya, jualan Mercedes-Benz Malaysia akan diperkukuhkan lagi dengan enam model premium baharu Mercedes-Benz yang dijadual dilancarkan akhir tahun ini termasuk tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) berprestasi tinggi, satu kereta kompak, satu limosin dan satu Dream Car.

“Kami berada dilandasan mencatatkan satu lagi rekod pada 2018 dan kami yakin dapat melepasi jualan tahun lepas dengan pelancaran model baharu,” katanya semasa taklimat media mengenai prestasi suku ketiga Mercedes-Benz Malaysia, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, syarikat tersebut juga memperkenalkan E53 Coupe (Dream Car Collection) serta E53 Limousine bagi pasaran Malaysia dan mengumumkan satu model A-Class baharu akan diperkenalkan pada 18 Okt.

“Kami gembira dapat membawakan pengalaman hidup yang berbeza kepada pelanggan kami dengan pelancaran Dream Cars Collection bagi 2018 dan pengenalan limosin serba baharu Mercedes-Benz S-Class,” kata Raine.

Setakat ini bagi 2018, limosin syarikat itu yang dikeluarkan di dalam negara, iaitu Mercedes-Benz C-, E-, dan S-Class, secara terkumpulnya telah terjual sebanyak 6,344 unit.

Bagi kereta kompak premiumnya, yang terdiri daripada Mercedes-Benz A-Class, B-Class, GLA-Class dan CLA-Class, Mercedes-Benz Malaysia mencatatkan jualan sebanyak 1,268 unit.

“Dua segmen ini (kereta limosin dan kereta kompak) mencatatkan kenaikan masing-masing sebanyak 21.1 peratus dan empat peratus berbanding suku ketiga tahun lepas,” katanya.

Model SUV premium oleh Mercedes-Benz kekal sebagai pemacu pertumbuhan, mencatatkan jualan sebanyak 1,960 unit yang membawa kepada kenaikan 3.4 peratus dalam suku ketiga 2017.

Raine berkata Mercedes-Benz Dream Cars Collection juga mencatatkan pencapaian memberangsangkan dengan 570 unit terjual, merupakan peningkatan 40 peratus berbanding semasa suku ketiga 2017.

Syarikat itu turut melancarkan limosin baharu Mercedes-Benz S-Class bersama dengan S-Class cabriolet, S-Class Coupe dan Mercedes-Maybach S-Class, pada suku ketiga 2018.

Mercedes-Benz Malaysia, yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu, setakat ini telah melabur sebanyak RM1.8 bilion di negara ini. – BERNAMA

Tags: Mercedes-Benz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda Jumpa Tok Mat Bawa Mercedes Klasik

29/09/2021
0

PETALING JAYA – Menjengah Facebook peminat kereta lama yang dikenali sebagai ‘Kereta Sebelum Tahun 2000’, kita pasti teruja dengan gambar-gambar...

Beli Mercedes Itu Hak Kerajaan Kelantan – Mahathir

18/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pembelian kereta Mercedes Benz adalah hak kerajaan Kelantan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd