• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mercedes-Benz Malaysia Fokus Perniagaan Kereta Pramilik

oleh
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz Malaysia bercadang menumpukan kepada perniagaan model kereta pramilik sejajar pelancaran pusat pramilik diperakui Mercedes-Benz kedua oleh Hap Seng Star berikutan permintaan yang menggalakkan dalam segmen itu baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dr Claus Wiedner berkata sebanyak 5,000 kereta pramilik Mercedes-Benz dijual di pasaran tempatan pada tahun lepas dengan 50 peratus daripadanya disahkan.

“Ini (segmen pramilik) adalah satu daripada fokus (pertumbuhan) yang kami lihat untuk memperluas spektrum perniagaan pada masa kini. Ia merupakan perniagaan yang berkembang di pasaran Malaysia, dan kami mahu memberikan pengalaman terbaik dalam segmen ini kepada pengguna.

“Jika pengguna datang ke sini dan membeli kereta pramilik yang disahkan, mereka akan menerima layanan serupa seperti membeli kereta Mercedes-Benz baharu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pusat pramilik sah Mercedes-Benz di sini hari ini.

Berkeluasan 46,210 kaki persegi, beliau berkata kemudahan tersebut mampu memuatkan lebih 100 kenderaan pameran, menjadikan ia pusat pramilik terbesar.

Pusat tersebut yang diuruskan 24 petugas, menawarkan penyelesaian lengkap dalam jualan dan perkhidmatan kewangan, khusus untuk kenderaan pramilik disahkan Mercedes-Benz.

Wiedner berkata program pensijilan Mercedes-Benz diperoleh secara eksklusif daripada ejen sah Mercedes-Benz Malaysia yang tidak melebihi enam tahun dan mencatatkan kurang dari 125,000 km tanpa kerosakan struktur yang dikenal pasti.

Beliau berkata semua kenderaan mesti diberi perkhidmatan dan diselenggara sepenuhnya di pusat servis Mercedes-Benz yang disahkan.

“Ia bukan sahaja melambangkan jenama Mercedes-Benz yang berkembang, malah membantu meningkatkan capaian kepada pelanggan yang lebih meluas. Dengan rangkaian ejen yang berkembang melalui pelancaran pusat pramilik ini, kami bercita-cita memberikan pengalaman baharu kepada pelanggan.

“Kejayaan kerjasama dengan Hap Seng Star ini membolehkan kami terus memberi titik sentuhan kepada pelanggan dan lebih penting membawa jenama Mercedes-Benz lebih dekat di hati pelanggan,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hap Seng Consolidated Bhd berkata kemudahan tersebut membolehkan syarikat itu memberikan pengalaman memandu yang sama seperti pemilik Mercedes-Benz baharu, kepada pelanggannya.

Dengan pelancaran pusat pramilik Mercedes-Benz itu, Mercedes-Benz Services Malaysia dan Hap Seng Star secara rasminya memperkenalkan Young Star Agility Financing, program yang menawarkan peminat kenderaan itu untuk memiliki kereta pramilik Mercedes-Benz yang disahkan, dalam keadaan sempurna serta tawaran harga menarik.

Menerusi program tersebut, pelanggan Mercedes-Benz boleh menikmati pilihan perjanjian lebih fleksibel dan penyelesaian menyeluruh, seperti pembiayaan fleksibel, penyelesaian insurans, perkhidmatan penyelenggaraan dan jaminan terhad yang dilanjutkan mengikut kehendak pelanggan. – BERNAMA

Tags: Mercedes-Benz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda Jumpa Tok Mat Bawa Mercedes Klasik

29/09/2021
0

PETALING JAYA – Menjengah Facebook peminat kereta lama yang dikenali sebagai ‘Kereta Sebelum Tahun 2000’, kita pasti teruja dengan gambar-gambar...

Beli Mercedes Itu Hak Kerajaan Kelantan – Mahathir

18/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pembelian kereta Mercedes Benz adalah hak kerajaan Kelantan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd