• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Naik Had Umur Kahwin Perempuan Islam

oleh Ahmad Albab
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka memutuskan had umur perkahwinan bagi perempuan Islam di negeri ini dinaikkan daripada 16 tahun kepada 18 tahun bagi melindungi keselamatan, kesihatan dan hak kanak-kanak di negeri itu, kata Ketua Menterinya Adly Zahari.

Beliau berkata had umur perkahwinan bagi lelaki islam serta perempuan dan lelaki bukan Islam adalah kekal pada 18 tahun, sehubungan itu pindaan dan penyeragaman had umur perkahwinan ini akan dilakukan penasihat undang-undang negeri.

Bagaimanapun katanya bagi lelaki dan perempuan Islam berusia bawah 18 tahun dibenarkan berkahwin berdasarkan syarat yang ditetapkan Mahkamah Syariah manakala bagi pasangan bukan Islam perlu mendapat kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri.

“Perkara ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dan ia telah dipersetui di peringkat kerajaan persekutuan. Kita di peringkat kerajaan negeri bersetuju dengan ketetapan berkenaan atas beberapa faktor khususnya kesihatan selain berpendapat usia 18 tahun itu sesuai bagi perempuan untuk berkahwin,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Bahagian II Perkahwinan Tahun 2002 Enakmen Undang-Undang Islam (Negeri Melaka) 2002 Seksyen 8 Umur Minimum Untuk Perkahwinan menetapkan tiada akad nikah di bawah enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan semua kerajaan negeri untuk menaikkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun untuk orang Islam dan bukan Islam.

Sementara itu, Adly berkata jabatan dan agensi kerajaan di negeri itu diingatkan lebih proaktif menangani hal yang menyentuh sensitiviti khususnya berkaitan agama masyarakat di negeri itu bagi memelihara keharmonian dan perpaduan penduduk.

Beliau berkata semua pelaksanaan program yang melibatkan tempat atau bangunan milik jabatan atau agensi juga akan dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelak sebarang insiden melibatkan agama yang boleh mencetuskan rasa tidak puas hati masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Kita juga mengharapkan agar pihak berwajib berkaitan agama di negeri ini agar lebih berhemah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing khususnya isu sensitif terutama agama,” katanya.

Dalam pada itu, katanya kerajaan negeri sedang melakukan penilaian menyeluruh terhadap pengoperasian Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) di negeri itu bagi melaksanakan langkah penambahbaikan agar fungsi dan peranannya dapat dimantapkan.

Beliau berkata penilaian berkenaan melibatkan isu berbangkit seperti fasiliti dan kewangan khususnya skema penggajian kakitangan di 28 Japerun di negeri ini yang telah mula beroperasi sepenuhnya untuk memberi khidmat dan menjaga kebajikan masyarakat setempat. – BERNAMA

Tags: Had Umur KahwinMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

17/05/2026
0

MELAKA - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 12 Cawangan DAP Melaka sebulat suara bersetuju Pakatan Harapan (PH) perlu bersedia untuk bertanding...

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Johor menyambut baik cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. Naib Pengerusi DAP Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd