Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Madinah Tidak Musnahkan Versi...

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad memberitahu...

Waris Komposer Pak Ngah...

KUALA LUMPUR - Balu kepada komposer Datuk Suhaimi Mohd Zain, 60 atau Pak...

Sektor ICT Negara Catat...

KUALA LUMPUR - Sektor teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) Malaysia mencatatkan prestasi cemerlang...

Najib Kecam Pengkhianat Parti

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak hari ini menyelar tindakan bekas pemimpin...

MBSA Terima 40 Aduan Daripada Penduduk

SHAH ALAM – Sebanyak 40 aduan melibatkan infrastruktur diterima daripada penduduk dalam program Hari Mesra Bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.

Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, aduan-aduan berkenaan melibatkan cantasan pokok; pembaikan longkang, jalan dan lampu; halangan awam seperti kenderaan buruk; dan pembersihan lot tanah kosong.

“Penganjuran Hari Mesra Bersama MBSA sempena ulang tahun bandar raya Shah Alam ke-18 adalah usaha kami untuk mendekati warga Shah Alam secara terus. Sebarang aduan kita akan rekodkan dan dilaporkan kepada jabatan terlibat untuk tindakan lanjut.

“Program sebegini memberi peluang kepada orang ramai dan pihak berkepentingan untuk menyalurkan aduan, komen dan saranan terus kepada kami,” katanya kepada pemberita dalam program berkenaan yang diadakan di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad.


Shahrin menambah, selain itu, program tersebut juga merupakan komitmen berterusan pihaknya untuk mempertingkatkan serta memperbaiki sistem penyampaian kepada masyarakat setempat.

Jelasnya lagi, program sedemikian juga merupakan usaha pihaknya untuk menguar-uarkan dan mempromosikan perkhidmatan yang disediakan MBSA kepada orang ramai. – UTUSAN ONLINE

Kategori