• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mazlan Aliman Pengerusi Baharu LPP

oleh
19/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman hari ini dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang baharu.

Watikah pelantikan kepada Anggota Jawatankuasa Amanah Nasional itu disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub pada satu majlis di sini hari ini.

Majlis itu turut menyaksikan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Muhammad Faiz Fadzil selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Pengarah Urusan IM Global Ishak Ismail sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Dalam sidang medianya selepas itu, Salahuddin berkata tempoh lantikan ketiga-ketiga mereka berkuatkuasa 1 November sehingga 31 Oktober 2020.

Beliau berkata lantikan tersebut yang diyakini mampu melonjakkan peranan dan perkhidmatan tiga agensi utama itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita harap dan yakin mereka yang dilantik ini dapat melaksanakan tanggungjawab besar mengangkat kualiti hidup para petani dan nelayan ke tahap lebih baik selepas ini.

Lantikan ini bukan satu jalan bagi mereka mencari harta dan mengumpul kekayaan tetapi harus diguna untuk mendokong misi asas kementerian iaitu memastikan bekalan makanan negara mencukupi dan taraf hidup petani dan nelayan ditingkatkan,” katanya.

Ditanya sama ada lantikan Mazlan dan Muhammad Faiz melanggar manifesto Pakatan Harapan (PH), Salahuddin berkata ia tidak bertentangan kerana polisi PH jelas menyatakan ia hanya melibatkan lantikan ke jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau berkata lantikan orang politik boleh dibuat ke dalam agensi kerajaan tetapi perlu berdasarkan merit dan pengalaman profesional individu berkenaan.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata tiga lagi pengerusi agensi di bawah kementerian itu akan diumumkan dalam masa terdekat iaitu Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong serta Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB).

“Untuk MPIB mungkin kita akan umumkan minggu depan, manakala lantikan pengerusi KADA dan MADA perlu sedikit masa kerana melibatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sementara itu, Mazlan berkata beliau akan bertemu 14 Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri bagi mendapatkan input dan maklumat berkaitan sebelum mencadangkan sesuatu untuk sebarang pembaharuan.

“Sebagai orang baharu, saya memerlukan sehingga dua bulan bagi menjelajah setiap negeri mengumpul maklumat dan permasalahan para peladang untuk dikemukakan kepada Ketua Pengarah LPP untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mazlan Aliman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khidmat Mazlan Sebagai Pengerusi LPP Ditamatkan

02/04/2020
0

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) menamatkan khidmat Datuk Mazlan Aliman selaku Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)...

ANAK Hilang Arah Lepas Mazlan Aliman Dapat Jawatan?

03/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) didakwa gagal berperanan membela nasib pekebun kecil dan peneroka Felda selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd