• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Ditemui Dalam Lubang Bangunan

oleh Cj Mnh
16/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG – Misteri bau busuk di sebuah bangunan yang dalam pembinaan di Towering, Jalan Penampang, di sini, sejak pagi tadi, terungkai selepas satu mayat ditemui di sebuah lubang di bangunan berkenaan.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Jamal, 30-an, itu ditemui terbaring dalam lubang berair berkenaan, kira-kira jam 12 tengah hari.

Seorang pekerja dikenali sebagai Hassan, 33, berkata ketika kejadian dia bersama beberapa rakannya baru saja tiba di kawasan bangunan itu untuk menyambung kerja yang tertangguh.

“Bila tiba dalam bangunan itu, saya dan rakan terhidu bau busuk. Kami kemudian memeriksa di kawasan bangunan dan menemui mayat terbaring di dalam lubang itu.

“Kami kemudian memaklumkan kepada majikan sebelum laporan polis dibuat,” katanya.

Sementara itu, anak saudara mangsa, Alex, 30, berkata dia mendapat tahu kejadian itu selepas dihubungi oleh pekerja di bangunan berkenaan.

“Saya kemudian bergegas ke lokasi dan mendapati mayat itu adalah bapa saudara saya. Kali terakhir saya menemui dia minggu lalu dan keadaannya baik-baik saja,” katanya.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, ketika ditemui di lokasi kejadian, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu untuk bedah siasat. Siasatan lanjut masih dijalankan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – BH Online

Tags: lubangMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd