• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apple Berdiam Diri Masalah iPhone Baharu Gagal Dicaj

oleh Haris
01/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APPLE didapati berdiam diri ketika muncul banyak rungutan iPhone XS dan XS Max terbaru tidak dicaj secara konsisten semasa dipasang alat pengecaj.

Beberapa orang pengguna melaporkan peranti mereka tidak dapat dicaj selepas dibiar tidak diguna beberapa ketika. Ada yang hanya boleh dicaj selepas “dikejutkan.”

Vlogger Lewis Hilsenteger menggelar isu ini sebagai “chargegate” dalam satu video menjelaskan masalah berkenaan.

Apple bagaimanapun masih belum memberi komen isu ini.

Hilsenteger mengendalikan saluran Unboxl Therapy di Youtube, yang dilanggan lebih 12 juta orang.

Dalam satu video diterbitkan Sabtu, beliau menguji sembilan iPhone dengan menyambungkan alat tersebut pada kabel rasmi Apple.

Telefon iPhone X dicaj tanpa masalah, manakala banyak XS dan XS Max tidak dapat dicaj.

Kebanyakan telefon berkenaan hanya akan dapat dicaj apabila diaktifkan, tetapi sebuah peranti tidak dapat dicaj langsung.

Menurut Hilsenteger, beliau dimaklumkan tentang masalah itu apabila seorang penontonnya mengirim emel memberitahu tentang masalah itu.

Beliau tidak menyedari masalah itu kerana mengecaj secara tanpa wayar.

Dalam video tersebut, beliau berkata, “Memberi maklum balas seperti ini mengangkat isu berkenaan dan diharapkan pembaikan boleh dilakukan.”

“Ini ialah tugas saya. Saya mesti mendedahkan perkara ini. Saya mesti mempertanggungjawabkan syarikat terbabit.”

Isu kegagalan mengecaj ini juga telah mula dibincang di platform lain, dan ada yang melaporkan tidam dapat langsung mengecaj peranti mereka apabila bateri telah habis tenaga sepenuhnya. – BBC

Tags: iPhone
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

11/06/2023
0

KULAI: Seorang lelaki berbadan sasa yang menggunakan pelbagai taktik sebelum melarikan iPhone terpakai dari beberapa premis di bandar raya ini,...

Trump Gesa Apple Bantu Akses Data iPhone Penembak Saudi

15/01/2020
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, semalam menggesa Apple membantu pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengakses data yang terdapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd