• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Gua Thai Berlatih Dengan Galaxy, Ibrahimovic

oleh Ahmad Albab
20/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Pasukan bola sepak remaja Thailand yang diselamatkan dari sebuah gua banjir selepas terperangkap lebih dua minggu berlatih dengan Los Angeles Galaxy dan penyerang ternama, Zlatan Ibrahimovic semalam.

Ia hentian terkini pasukan itu dalam rangka lawatan antarabangsanya.

Pasukan Wild Boars, yang menjadi tetamu di temasya sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires awal bulan ini, di bawa melawat sekitar stadium StubHub Centre Galaxy sebelum berlatih dengan anggota pasukan MLS.

Remaja Thailand berusia antara 11 hingga 16 tahun itu berjaya dibawa keluar dari gua Tham Luang Julai lalu selepas satu usaha menyelamat yang cukup mendebarkan.

Lawatan ke Galaxy itu diselaraskan oleh bintang TV Amerika Syarikat, Ellen DeGeneres yang menerima kunjungan pasukan itu ke program kendaliannya Isnin lalu.

Bekas pemain antarabangsa Sweden, Ibrahimovic turut muncul sebagai kejutan untuk bertemu dengan pasukan itu.

“Saya fikir saya berani, tetapi anak-anak ini, pasukan ini lebih berani dari saya. Ini mungkin pasukan terbaik di dunia,” kata Ibrahimovic.

Pasukan itu menjadi tumpuan media global yang membuat liputan terperinci detik-detik menyelamatkan mereka Jun lalu yang turut mengorbankan seorang penyelam, bekas Angkatan Tentera Laut SEAL Thailand, Saman Kunan. – AFP/BH ONLINE

Tags: pemain bola sepakThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd