• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Gempa Palu Tiada Makanan

oleh Ahmad Albab
05/10/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALU, Indonesia – Bantuan antarabangsa terhadap mangsa yang terselamat akibat gempa bumi dan tsunami semakin banyak tiba, namun beratus ribu penduduk masih berhadapan kekurangan makanan dan air, enam hari selepas bencana itu.

Keadaan itu menyebabkan sebahagian penduduk di pantai barat pulau Sulawesi itu terpaksa mencari sisa makanan di ladang dan kebun ketika kerajaan sedang bertungkus-lumus menangani kekurangan bekalan air, makanan, perlindungan dan bahan api di zon bencana.

Keadaan diburukkan lagi dengan beberapa kawasan ketiadaan bekalan elektrik, manakala komunikasi juga terhad.

Susulan masalah itu, kekacauan juga timbul apabila penduduk di bandar Palu iaitu 1,500 kilometer ke timur laut Jakarta berang dengan kejadian rompakan kedai, manakala lapangan terbang kecil juga sesak apabila orang ramai berusaha mendapatkan tiket penerbangan untuk keluar dari kawasan ini.

Angka kematian rasmi akibat gempa bumi 7.5 magnitud pada Jumaat lalu meningkat kepada 1,407 orang dengan kebanyakannya terbunuh akibat ombak tsunami dan tanah runtuh.

Kebanyakan yang disahkan maut berasal dari bandar ini dan hilang di kawasan terpencil yang masih belum diketahui. Hubungan telekomunikasi juga terputus, jambatan dan jalan turut musnah atau tersekat akibat tanah runtuh.

Sebaliknya, usaha antarabangsa untuk membantu mangsa telah dipertingkatkan selepas kerajaan enggan menerima bantuan asing.

“Kerajaan Indonesia memiliki pengalaman dan mampu menguruskan bencana alam tetapi kadangkala seperti negara lain, bantuan luar juga diperlukan,” kata Penolong Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Bantuan Kecemasan, Mark Lowcock dalam satu kenyataan.

Beliau mengumumkan peruntukan sebanyak AS$15 juta (RM62 juta).

Persatuan Palang Merah dan Persekutuan Palang Merah Antarabangsa berkata, pihaknya me­rayu bantuan sebanyak AS$22 juta (RM91 juta) untuk membantu Indonesia.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) telah menyediakan pembiayaan awal selain mengerahkan pasukan pakar bencana yang sedang berusaha untuk menentukan bantuan lain yang boleh disalurkan, kata Jabatan Negara AS pada awal minggu ini.

Beberapa bantuan dari Britain dan Australia dijangka tiba hari ini (semalam). Setakat ini, kira-kira 20 negara telah menawarkan bantuan, kata kerajaan Indonesia.

Pada tahun 2004, gempa bumi yang berlaku di luar pulau Sumatera turut mencetuskan tsunami di seluruh Lautan Hindi sekali gus meragut nyawa 226,000 orang di 13 negara termasuk lebih 120,000 di Indonesia.

Langkah keselamatan sebenarnya telah dilaksanakan selepas bencana itu termasuk sistem amaran tsunami tetapi malangnya, ia gagal berfungsi pada Jumaat lalu atas pelbagai sebab termasuk kecuaian kerajaan, kekurangan dana dan vandalisme. – Reuters/Kosmo Online

Tags: bantuanpenduduk Sulawesi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Bantuan Untuk Insiden Kebakaran Di Putra Heights Perlu Diselaraskan Dengan MB Selangor, Petronas

Bantuan Untuk Insiden Kebakaran Di Putra Heights Perlu Diselaraskan Dengan MB Selangor, Petronas

04/04/2025
1

Kuala Lumpur: Semua bantuan dan usaha koordinasi yang berkaitan insiden kebakaran di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor perlu diselaraskan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd