• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sumbang RM500,000 Kepada Mangsa Gempa Bumi Di Sulawesi

oleh
01/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menyumbang RM500,000 untuk mangsa gempa bumi bermagnitud 7.5 dan tsunami yang berlaku di Palu, Sulawesi, Indonesia, Jumaat lepas yang menyebabkan lebih 800 orang terbunuh dan beribu-ribu lagi kehilangan tempat tinggal.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perkara itu diputuskan selepas beliau berbual dengan Timbalan Presiden Indonesia Jusuf Kalla menerusi telefon hari ini.

“Memang Indonesia sekarang terbuka menerima sumbangan dan bantuan, jadi kita akan hantar SMART Team yang tahu tentang soal mencari dan menyelamat sebab kita kena ‘race against time’.

“Kita juga akan memberikan sumbangan RM500,000 untuk menolong mereka menghadapi musibah yang baru sahaja berlaku,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Paralimpik negara ke Sukan Para Asia di Jakarta, Indonesia.

Dr Wan Azizah berkata ketika ini semua bantuan daripada Mercy Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) lain sedang diselaraskan dengan pihak Indonesia serta Palang Merah Indonesia (PMI) bagi memudahkan proses penghantaran.

Beliau turut mengakui akan berlaku kelewatan dalam menyerahkan bantuan kepada mangsa di Makassar, tempat kebanyakan mereka yang selamat dipindahkan.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Wan Azizah yakin kontinjen negara ke Sukan Para Asia 2018 mampu membawa pulang lebih banyak pingat emas berbanding pencapaian di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Malah beliau juga yakin atlet luar biasa dapat bangkit bersama mengangkat martabat sukan negara ke peringkat yang lebih cemerlang.

“Jika empat tahun lalu di Incheon Korea Selatan, kontinjen Para kita telah berjaya membawa pulang 15 emas, 20 perak dan 27 gangsa, dan menduduki ranking ketujuh secara keseluruhan, saya percaya tahun 2018 ini kontinjen negara akan mampu membawa pulang lebih banyak kilauan pingat emas buat negara.

“Keyakinan ini berdasarkan persiapan rapi yang telah dilakukan oleh semua pihak sama ada pihak para atlet sendiri, jurulatih mahupun persatuan-persatuan sukan,” katanya.

Beliau juga berharap atlet-atlet muda yang sedang meningkat naik mampu menyinar dan membanggakan kontinjen negara sekaligus melonjak kedudukan pungutan pingat ke ranking yang lebih baik.

“Setiap daripada kita tentunya mahu Negaraku berkumandang di setiap venue. Saya yakin kontinjen kali ini amat berkemampuan untuk mencatatkan kejayaan yang lebih bermakna, insya-Allah, katanya. – BERNAMA

Tags: gempa bumi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  CARACAS – Venezuela dilanda dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 dalam tempoh hanya 39 saat,...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd