• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Nasihat Najib Buat Laporan Mengenai 1MDB

oleh
27/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa atas dakwaannya mengenai kemungkinan penglibatan tokoh antarabangsa lain dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib membuat dakwaan itu dalam satu temu bual dengan agensi berita antarabangsa Al Jazeera.

“Suruh dia membuat laporan dan kami akan cari mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini malam ini. Mahathir ialah pengerusi parti kecil itu.

Dalam temu bual itu, Najib meminta para penyiasat untuk menyiasat tokoh-tokoh antarabangsa lain yang didakwa terlibat dalam penyelewengan dana 1MDB dan tidak hanya menyiasat penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata: “Kami mendapati sukar untuk menguatkuasakan undang-undang kita di negara lain tetapi jika mereka melakukan jenayah di Malaysia, yang menjejaskan rakyat Malaysia atau wang milik Malaysia, jika mereka datang ke sini, kami akan menangkapnya.”

Awal hari ini, Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir dipetik sebagai berkata Kerajaan Arab Saudi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima Najib.

Mahathir berkata apa yang penting ialah bukti dalam berbentuk dokumen duit tersebut datang dari 1MDB ataupun Arab Saudi.

“Anda tidak boleh pindahkan wang dengan jumlah yang besar tanpa rekod. Kalau mereka kata ia daripada Arab Saudi, tunjukkanlah rekodnya. Jika tidak, kami perlu siasat daripada mana datangnya. Sepanjang pengetahuan kami, ia datang daripada 1MDB,” kata beliau.- BERNAMA

Tags: 1MDBDatuk Seri Najib Tun RazakMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd