• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

London Kini Lebih Islam Ada Lebih 400 Masjid Baharu

oleh
12/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HIDAYAH… Britain ketika ini menyaksikan peningkatan wajah Islam dengan ratusan mahkamah syariah baharu mula beroperasi selain tambahan lebih 400 buah masjid dibuka di seluruh London.

Seorang pendakwah Islam terkenal, Maulana Syed Ali Raza Rizvi yang berasal dari Lahore, Pakistan namun dibesarkan di Birmingham, England sejak kecil dipetik media tempatan turut mengakui perkara unik berkenaan.

“Imej London hari ini malah lebih Islam daripada kebanyakan negara Islam sendiri,” kata ulama berkenaan yang pernah aktif berceramah di lebih 30 buah negara dan banyak menulis buku ilmiah mengenai isu pengajian Islam.

Pandangan itu turut dipersetujui Datuk Bandar London, Sadiq Aman Khan; yang lahir di ibu kota tersebut 47 tahun lalu selepas keluarganya hijrah dari Pakistan pada 1968, bahkan beliau pernah menjadi menteri dan ahli parlimen.

“Kumpulan pengganas mungkin boleh salah anggap London pada ketika ini kerana ia jelas sebuah bandar pelbagai budaya,” jelasnya yang merujuk kes serangan berdarah di Westminster dekat Bangunan Parlimen pada tahun lepas.

Dianggarkan terdapat 423 buah masjid baharu beroperasi di sekitar London dan kebanyakan premis ini penuh setiap kali waktu solat fardu, berbeza dengan suasana gereja yang agak jarang dikunjungi penduduk kariahnya.

Baru-baru ini akhbar popular The Daily Mail menyiarkan gambar-gambar yang memaparkan perbezaan senario di beberapa buah gereja besar dan terletak tidak jauh dari sebuh masjid agak kecil saiznya di tengah kota London itu.

Antaranya Church of San Giorgio yang memang direka untuk menampung kapasiti 1,230 jemaah tetapi hanya diisi 12 orang setiap kali program sembahyang, manakala Church of Santa Maria pula cuma berjaya dipenuhi 20 orang.

Ini jauh berbeza dengan pemandangan Masjid Brune Street Estate yang ratusan jemaahnya terpaksa ‘melimpah’ ke tepi jalan raya kerana bangunan tersebut asalnya dibina untuk keperluan maksimum 100 orang beribadah sahaja.

Sekadar perbandingan, menjelang tahun 2020, dianggarkan bilangan jemaah Muslim hadir menunaikan solat fardu secara berjemaah akan naik kepada 683,000 orang walhal penganut Kristian pula jatuh kepada 679,000 orang.

Uniknya, sejak tahun 2001, lebih 500 buah gereja pelbagai aliran di London telah pun ditukar statusnya kepada kediaman persendirian dan pada tempoh tersebut juga, bilangan masjid di ibu kota itu meningkat secara dramatik.

Untuk rekod, antara 2012 dan 2014, jumlah warga Britain mengakui diri mereka sebagai penganut Anglican jatuh daripada 21% kepada 17%, iaitu bersamaan dengan 1.7 juta orang, menurut kajian NatCen Social Research Institute.

Sebaliknya bancian institut yang berpengaruh itu mendapati, bilangan Muslim tumbuh hampir sejuta orang. Malah pengunjung gereja setiap Ahad dikesan merosot tiga kali ganda berbanding umat Islam hadir untuk solat Jumaat.

London juga tidak ketinggalan penuh dengan ratusan mahkamah syariah tempatan yang lazimnya berfungsi dalam isu perkahwinan, perceraian dan tuntutan harta pusaka. Jumlah rasmi direkodkan pada ketika ini ialah 100 buah.

Sistem perundangan Islam sebenarnya wujud hasil pewartaan Akta Timbang Tara 1996 meliputi England, Wales dan Ireland Utara selain sistem Resolusi Pertikaian Alternatif bagi membolehkan perbicaraan dijalan ikut kaedah syarak.

Ini sekali gus menyaksikan permintaan terhadap peguam syarie turut meningkat di pasaran dan untuk mengisi kekosongan tersebut, kebanyakan universiti di Britain sudah menawarkan kursus pengajian perundangan Islam.

Pada ketika ini, pihak berkuasa menganggarkan terdapat hampir lima juta orang Islam di seluruh Britain dengan lebih 2,000 buah masjid tetapi jumlah tersebut dijangka berkembang sepanjang masa. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: BritainLondon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

20/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengesan penipuan dana kerajaan berjumlah RM18 juta sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2024,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd