• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Loket Berlian Merah Jambu 22 Karat Hadiah Putera Raja

oleh
27/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menegaskan loket berlian merah jambu 22 karat yang dikatakan dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS$27 juta adalah hadiah daripada putera raja dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bekas Perdana Menteri berkata, putera raja itu adalah Sheikh Mansour, saudara Putera Mahkota Sheikh Mohammed Zayed, yang juga Pengerusi International Petroleum Investment Company (IPIC).

“Kita tahu Jho Low (Jho Taek Low) rakan rapat Sheikh Mansour dan cincin itu adalah hadiah daripada Sheikh Mansour,” katanya dalam satu wawancara bersama Aljazeera 101 Timur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai wang sebanyak AS$27 juta digunakan daripada dana 1MDB untuk membeli loket berlian itu untuk isterinya.

Ditanya mengenai pertemuan Datin Seri Rosmah dengan Jho Low dan tukang emas serta Rosmah maklum ia hadiah daripada Jho Low, Najib sekali lagi menegaskan loket itu adalah hadiah daripada Sheikh Mansour.

“Yang kami tahu ia hadiah daripada Sheikh Mansour. Siapa tahu dari mana wang atau siapa yang membayarnya. Kami pun tidak tahu nilai hadiah itu,” katanya.

Menjawab soalan mengenai anak tirinya, Riza Aziz, membiayai filem Wolf of Wall Street dan membeli hartanah mewah secara besar-besaran yang didakwa DoJ menerusi dana 1MDB, Najib berkata, Riza seorang penggemar filem dan akan berusaha menjadikannya (kisah itu) sebagai filem.

“Putera Mahkota Mohammed Zayed memberitahu beliau di hadapan saya bahawa dia akan melabur dalam filemnya. Kami mengandaikan sebarang pelaburan dari Abu Dhabi untuk membiayai filem itu akan menjadi pinjaman.

“Anak tiri saya bersedia untuk membayar kembali setiap sen yang diberikan kepadanya,” katanya.

Ditanya pandangan beliau jika masyarakat umum masih tidak mempercayai penjelasannya, Najib berkata, di sebalik kejujuran, ada kebenaran.

“Maksud saya, tiada apa yang boleh saya lakukan jika orang tidak percaya, tetapi itulah kebenaran. Sepanjang saya menjadi Perdana Menteri, negara ini membangun dan mengecapi pelbagai kejayaan,” katanya. – BH Online

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd