• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Entiti Perumahan Ditempatkan Di Bawah KPKT – Zuraida

oleh
08/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima entiti perumahan telah dikenal pasti untuk ditempatkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menyelia dan menyelaras pembangunan perumahan mampu milik di negara ini.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata entiti terbabit ialah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), UDA Holdings Berhad, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Rancangan untuk meletakkan agensi terbabit di bawah kementerian saya akan dimasukkan dalam Dasar Perumahan Negara yang dijangka dilancarkan Disember ini.

“Ini akan membolehkan pendekatan bersepadu selain mengelakkan pertindihan projek perumahan mampu milik. Ia juga akan memastikan pendekatan bersesuaian untuk pemaju swasta menerusi garis panduan dan penglibatan yang tepat berhubung perumahan mampu milik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zuraida ditemui selepas menyertai Dialog Terbuka Industri-Kerajaan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia.

Sementara itu, Zuraida berkata kerajaan negeri perlu menyerahkan cadangan tanah mereka untuk projek perumahan kos rendah pada penghujung bulan ini.

“Kerajaan negeri mesti mengenal pasti tanah untuk kita membina rumah kos rendah menjelang akhir bulan ini. Setakat ini hanya Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perak telah menyerahkan cadangan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata tanah yang dicadangkan itu mesti berkeluasan satu hingga empat hektar. – BERNAMA

Tags: Zuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd