• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Pertikai Kemampuan Kelantan Biaya Projek ECRL

oleh Ahmad Albab
22/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mempertikaikan kemampuan Kerajaan Negeri mengambil alih projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) daripada kendalian Kerajaan Persekutuan.

Katanya, ini kerana Kerajaan Negeri itu sendiri masih memerlukan bantuan kewangan daripada Kerajaan Pusat malah tidak mampu membayar gaji penjawat awamnya tanpa suntikan dana dari Putrajaya.

Bantuan kewangan ini bukanlah satu perkara baharu dan ia telah bermula sejak zaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Memang Kerajaan Negeri Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangan ini dari dulu lagi, dan baru-baru ini saya telah meluluskan satu jumlah peruntukan untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan.

“Sungguhpun negeri pembangkang kuat menghentam pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kita masih beri bantuan, itulah faktanya dan ini telah berlaku sejak zaman Najib lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu, perang mulut berlaku pada sesi soal jawab ketika Lim menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bahru) mengenai kemungkinan Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang mengambil inisiatif sendiri untuk meneruskan projek itu jika ia dibatalkan Kerajaan Pusat.

Lim berkata, beliau menerima baik inisiatif Kerajaan Negeri itu, tetapi mempertikaikan kemampuan kewangan mereka.

“Saya fikir macam mana Kerajaan Negeri Kelantan boleh buat demikian jika gaji penjawat awam pun tak mampu bayar,” katanya.

Najib dalam lawatan kerjanya di Kelantan sewaktu masih menjadi Perdana Menteri pada Januari tahun ini pernah dilaporkan berkata bahawa Kerajaan Negeri PAS Kelantan tidak mampu membayar gaji penjawat awamnya. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngProjek ECRL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd