• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Kit Siang Saman Hanif Omar

oleh Ahmad Albab
19/10/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMIMPIN veteran DAP Lim Kit Siang telah memfailkan saman terhadap bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berhubung dakwaan parti itu pernah mencadangkan pemisahan semenanjung kepada orang Melayu dan bukan Melayu, selepas rusuhan kaum 1969.

Perkara itu dinyatakan anggota parlimen Bukit Gelugor yang juga peguam Lim, Ramkarpal Singh.

“Lim telah memfailkan saman sivil terhadap Hanif di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Oktober lalu…Saman telah diserahkan kepada peguam Hanif hari ini.

“Ia berikutan kenyataan fitnah yang dibuat terhadap Lim seperti dilaporkan artikel Sinar Harian bertajuk ‘Tun Hanif buat pendedahan DAP, PAS’ pada 6 September lalu,” kata Ramkarpal dalam kenyataan, hari ini.

Ramkarpal memaklumkan pengurusan kes telah ditetapkan pada 21 November ini.

Memetik laporan itu, Hanif berkata beliau selaku pegawai kanan polis sentiasa tegas dalam menjaga keharmonian negara termasuk mengambil langkah seperti memenjarakan pemimpin DAP.

Mengimbau kembali peristiwa 13 Mei 1969, beliau menyatakan tentang pembentukan Barisan Nasional daripada Perikatan di saat “negara kita hampir hancur”.

“DAP pula minta Malaya dibahagi kepada dua. Pantai Timur kepada Melayu dan Pantai Barat kepada Cina. Jadi jawapan saya macam mana? Saya masukkan Lim Kit Siang dalam penjara,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Karamah Bangsa di Universiti Teknologi Mara 6 September lalu, seperti dipetik.

Keesokannya Lim menafikan sekeras-kerasnya perkara itu dan memberi masa 48 jam untuk Hanif memohon maaf.

Dalam satu lagi wawancara dengan Sinar Harian pada 11 September lalu, Hanif berkata perkara itu hasil laporan risikan polis Cawangan Khas (SB) tetapi tidak lagi mengaitkan Lim, sebaliknya hanya menyebut “pemimpin DAP”.

Hanif juga menjelaskan beliau mengarahkan penahanan Lim ketika Ops Lalang 1987, bukannya susulan peristiwa 13 Mei.

“Pada 1987 ada Operasi Lalang, Kit Siang antara yang ditahan oleh saya ketika saya menjadi Ketua Polis Negara. Itu yang saya maksudkan, bukan saya arahkan dia ditahan pada 1969,” katanya seperti dipetik.

Beliau juga berkata tiada niat memburukkan DAP tetapi hanya berkongsi pengalamannya ketika menjadi Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara (Mageran). – www.malaysiakini.com

Tags: Lim Kit SiangTun Hanif Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd