• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lesen Pengusaha Kantin Sekolah Cuai Boleh Ditamat

oleh Cj Mnh
02/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan boleh mengambil tindakan tegas untuk menamatkan lesen pengusaha kantin sekolah atau menukar pengendali kantin sekiranya terbukti kejadian keracunan yang berlaku di sekolah berpunca kerana mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata tindakan susulan hanya boleh diambil selepas menerima laporan penuh hasil siasatan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan terhadap kes berkenaan.

“Laporan daripada Kementerian Kesihatan adalah penting sebelum Kementerian Pendidikan boleh memutuskan bentuk tindakan dan langkah yang perlu diambil. Tindakan juga boleh diambil oleh Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 2018 dan Sumbangan Susu Sekolah kepada Murid-murid Sekolah Rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasil siasatan bagi kejadian keracunan makanan melibatkan pelajar asrama dan harian di Asrama Kompleks Seri Bintang dan kantin Sekolah Menengah Seri Bintang Utara pada minggu lepas.

Premis dapur asrama dan kantin sekolah berkenaan ditutup sementara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan siasatan lanjut dan disinfeksi.

Ahad lepas, Pengetua SMK Seri Bintang Utara, Sapura Amat pula berkata dapur asrama dan kantin sekolah telah beroperasi semula pada 27 September lepas setelah pegawai kesihatan ​​berpuas hati dengan hasil siasatan yang dilakukan terhadap 10 pelajar terbabit dan 82 pelajar lain yang mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. – BERNAMA

Tags: cuailesen kantin sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Sebabkan Kematian Anak Dalam Kereta Kerana Sibuk Tengok Porno – Bunuh Diri

Bapa Sebabkan Kematian Anak Dalam Kereta Kerana Sibuk Tengok Porno – Bunuh Diri

07/11/2025
0

Oleh Mynewshub  ARIZONA – Seorang lelaki dari Arizona, Amerika Syarikat yang sebelum ini dituduh meninggalkan anak perempuannya berusia dua tahun...

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

29/11/2024
0

Kuala Lumpur : Faktor cuaca dan kecuaian pemandu antara punca utama kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) terbabas Kilometer (KM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd