• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Pandu Lawan Arus Ditahan

oleh Ahmad Albab
07/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Seorang lelaki ditahan selepas memandu lori secara berbahaya dan melawan arus di Kilometer 432 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya, di sini, hari ini.

Kejadian jam 9.15 pagi itu mengakibatkan kemalangan membabitkan sebuah lagi lori di laluan berkenaan yang gagal mengelak kenderaan dipandu melawan arus oleh lelaki terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kemalangan itu berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 37 tahun memandu di lorong tengah dengan melawan arus.

“Sebuah lori dipandu lelaki berusia 48 tahun yang berada di lorong tengah tidak sempat mengelak lori berkenaan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Azman berkata, kedua-dua pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil ujian saringan awal dilakukan terhadap pemandu lori berkenaan didapati negatif dadah.

“Lelaki terbabit juga dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk diambil darah bagi tujuan pemeriksaan alkohol.

Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbabit rosak di bahagian kiri dan hadapan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya,” katanya.

Rakaman video kejadian berdurasi satu minit 25 saat turut tular selepas dimuat naik di media sosial, hari ini. – BH ONLINE

Tags: lawan aruspemandu lori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd