Monday, June 17, 2024

Creating liberating content

Trafik Di Beberapa Lebuhraya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuhraya utama dilaporkan semakin perlahan setakat...

Gagal Permohonan Kes Hasutan...

KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim yang didakwa mengikut...

Dasar Automotif Nasional Sedang...

KUALA LUMPUR – Dasar Automotif Nasional sedang dikaji semula bagi memastikan industri tersebut...

Kerajaan Kelantan Didesak Rombak...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan didesak supaya merombak pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd....

Lelaki Muat Naik Komen Jelik Polis Maut Ditahan

KUANTAN – Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan kerana memuat naik komen jelik di laman sosial Facebook berhubung kejadian dua anggota polis maut kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek yang bekerja sebagai buruh di jeti ikan ditahan di sebuah rumah di Kampung Parit Tengah, Pekan dekat sini pada pukul 10.30 malam semalam.

Katanya, suspek didakwa meninggalkan komen yang boleh menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menimbulkan kemarahan anggota pasukan itu di akaun Facebook Komuniti Kuantan.

“Perbuatan tertuduh disedari oleh seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang yang membaca komen itu dalam group WhatsApp Persatuan Pegawai Rendah Polis Pahang.

“Sehubungan itu, pengadu yang bertugas di cawangan Kem Komandan IPK Pahang telah membuat laporan polis sekitar pukul 6.20 petang kerana mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap suspek,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah polis juga merampas sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy J2 Prime dan dua keping kad sim yang dipercayai digunakan suspek semasa memuat naik komen tersebut.

Katanya, suspek ditahan di lokap berpusat Indera Mahkota di sini, dan polis telah memperoleh perintah reman selama empat hari bermula hari ini, untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Saya berharap orang awam tidak sewenang-wenangnya menaikkan komen atau posting yang menghina pegawai penguatkuasa yang menjalankan tugas di laman sosial,” katanya.

Semalam, dua anggota polis dari cawangan Gerakan IPK Kuantan, Sarjan Mejar Roslan Maon, 50, dan Konstabel Watson Edin, 23, maut selepas kereta peronda dinaiki terbabas dan melanggar penghadang jalan di kilometer 183.4 LPT, dekat Maran.

Mereka dalam operasi mengiringi kenderaan yang membawa kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 dalam perjalanan dari Bentong ke Kuantan semasa kejadian berlaku pukul 3.20 petang. – BERNAMA

Kategori