• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Motosikal Hilang Kawalan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar sebuah pacuan empat roda Toyota Vigo di Kilometer 36 Jalan Lahad Datu-Tungku dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 5.25 petang itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata lelaki berusia 45 tahun tersebut cedera parah pada lutut kanan, patah kaki kiri dan patah tangan kanan.

“Siasatan awal mendapati motosikal itu yang datang dari arah Tungku telah hilang kawalan ketika sampai di jalan selekoh garisan berkembar sebelum masuk ke lorong bertentangan dan terlanggar Toyota Vigo dari arah Lahad Datu.

“Rempuhan itu menyebabkan penunggang motosikal tercampak di tengah jalan sementara motosikal terseret dan terhumban ke hadapan kenderaan Toyota Vigo,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Nasri berkata pemandu wanita berumur 26 tahun serta dua penumpang lelaki dalam kenderaan itu berumur 54 dan 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kemalangan mautPenunggang Motosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd