• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Separuh Masjid Di Saudi Tiada Imam Tetap

oleh
13/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Meskipun ada hampir 100,000 buah masjid di Arab Saudi, lebih separuh daripadanya tiada imam tetap untuk pimpin solat fardu, menurut laporan Kementerian Hal Ehwal Islam.

Menurut akhbar tempatan Saudi Gazette baru-baru ini, laporan bagi tahun 2017 itu mendedahkan bahawa 51.5 peratus masjid di seluruh Arab Saudi tidak mempunyai imam tetap yang dilantik pemerintah secara rasmi.

Sementara itu, sebanyak 63 peratus masjid tidak pula mempunyai muazzin atau bilal, dan paling dahsyat kira-kira 90.5 peratus langsung tidak memiliki pekerja pembersihan untuk tugas selenggara masjid secara berjadual.

Laporan kementerian tersebut turut menyatakan bahawa hanya Wilayah Sempadan Utara di negara itu yang ada lebih ramai imam rasmi berbanding jumlah masjid. Kawasan berkenaan mempunyai 806 imam bagi 642 masjid.

Bagaimanapun tiada wilayah lain yang mempunyai bilangan imam melebihi jumlah masjid. Sebaliknya, terdapat ketandusan imam agak ketara di beberapa wilayah, tegas laporan tersebut seperti dipetik Saudi Gazette.

Rekod dihasilkan Penguasa Perangkaan Arab Saudi menyatakan jumlah keseluruhan masjid di negara itu sepanjang 2017 adalah 98,800, manakala terdapat hanya 47,315 imam, 36,549 muazzin dan 9,371 tukang bersih tetap.

Keadaan tersebut, menurut laporan itu lagi, bermakna bahawa 51.5 peratus daripada masjid dalam pentadbiran Kerajaan Arab Saudi tidak mempunyai imam yang dilantik secara rasmi tetapi masih bergantung individu sukarela.

Saudi Gazette menukil laporan tersebut yang mendedahkan beberapa lagi perangkaan berhubung isu itu:

Riyadh: 18,073 masjid, 13,330 imam, 10,354 muazzin dan 3,097 pekerja pembersihan
Makkah: 17,263 masjid dan 6,564 imam
Madinah: 6,681 masjid dan 2,758 imam
Qassim: 7,341 masjid dan 4,862 imam

– Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Arab Saudi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sasar Tambah 400 AW Di Kelantan, Terengganu

Next Post

Jalan Depan Pusat Kiraan Undi PRK PD Ditutup

Related Posts

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

Next Post

Jalan Depan Pusat Kiraan Undi PRK PD Ditutup

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd