• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 60,000 Anggota PKR Perak Mengundi Hari Ini

oleh
27/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seramai 60,878 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak hari ini mengundi secara serentak di 24 cabang di seluruh negeri itu.

Semua pusat pengundian dibuka serentak tepat pukul 9 pagi dan ditutup pada 5 petang

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak sepatutnya diadakan pada 23 Sept lepas, namun ditangguhkan susulan beberapa masalah yang terjadi semasa pemilihan di Kedah dan Pulau Pinang sehari sebelum itu.

Pada pemilihan kali ini seramai 54 calon bertanding merebut jawatan ketua cabang, manakala 1,183 calon lagi menawarkan diri bertanding pelbagai jawatan lain di peringkat cabang.

Pemilihan turut menyaksikan lima ketua cabang menang tanpa bertanding iaitu Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye di cabang Gopeng, Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Abdul Yunus Jamhari (Parit Buntar); Ejazi Yahaya (Padang Rengas); Abdul Jais Ashfam Ahmed (Beruas) dan Mohd Anuar Zakaria (Parit).

Sementara itu, pertembungan empat penjuru bagi jawatan ketua cabang berlaku di Lenggong, Bagan Serai, Sungai Siput dan Lumut, manakala tiga penjuru di Gerik, Tambun, Ipoh Barat, Kuala Kangsar, Pasir Salak dan Bagan Datuk.

Sementara itu jawatan ketua cabang di Larut, Bukit Gantang, Taiping, Ipoh Timor, Batu Gajah, Kampar, Tapah, Teluk Intan dan Tanjung Malim pula akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Adzman Hedra ketika dihubungi memberi jaminan proses pemilihan kepimpinan itu akan berjalan lancar.

Beliau berkata keputusan boleh diumumkan kira-kira pukul 6 petang oleh ketua pengawas JPP di 24 cabang mengundi dan keputusan sepenuhnya dijangka dimuatnaik di portal www.pemilihankeadilan2018.com kira-kira pukul 9 malam ini. – BERNAMA

Tags: Pemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd