Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Final Piala AFF: 40,000...

KUALA LUMPUR - Debaran perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia...

FBI Siasat Motif Lelaki...

SAN FRANCISCO - Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) hari ini menyiasat punca yang mendorong...

TPPA Tingkat Akses Pasaran...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka dapat meningkatkan akses pasaran global...

Guru Wanita Ketagih Seks...

SEORANG guru wanita di Arizona, Amerika Syarikat (AS) dituduh melakukan hubungan seks dengan...

Laungan ‘Hipokrasi’ Bergema Tanda Protes PH

BERGEGAR… Pada tahun 1998, ketika kes Datuk Seri Anwar Ibrahim laungan yang bergema ialah ‘Reformasi… sebagai tanda bantahan rakyat terhadap kezaliman Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun kini dalam kes Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, cogan katanya diubah kepada ‘Hipokrasi bagi luah protes rakyat ke atas kekejaman berterusan pentadbiran perdana menteri dengan usia tertua di dunia itu.

Laungan baharu itu bergema dalam kalangan sekitar 1,000 ahli UMNO dan orang ramai yang berkumpul di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi Jumaat ketika Presiden UMNO itu didakwa dengan 45 pertuduhan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang mengetuai himpunan aman tersebut secara rasmi telah umum ‘Hipokrasi’ merupakan slogan yang akan digunakan mulai sekarang oleh penyokong dan ahli UMNO.

Cogan kata itu mula diperkenalkan oleh anak perempuan Ahmad Zahid sendiri, Datuk Nurul Hidayah semasa berucap di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya lewat semalam.

Katanya, ia sebagai tanda protes rakyat terhadap sikap hipokrasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sesuka hati dakwa musuh politik di mahkamah bagi alih perhatian ekoran kegagalan pentadbiran dan tunai janji manis manifesto.

Nurul Hidayah juga persoal semangat ‘Reformasi’ terdahulu yang konon hendak tuntut keadilan daripada Mahathir tetapi kini padam dalam isu bapanya itu, malah pejuang gerakan jalanan tersebut tidak berani berbuat apa-apa.

Sementara itu, media melaporkan suasana di perkarangan mahkamah gamat dengan himpunan protes dengan kebanyakan mereka berpakaian baju warna merah dan ada bawa spanduk yang protes ke atas kerajaan PH.


Himpunan solidariti Ahmad Zahid itu adalan lanjutan daripada apa yang diadakan di depan bangunan ibu pejabat SPRM pada Khamis malam selepas beliau hadir ke agensi berkenaan pada sebelah petang dan kemudian ditahan.

Selain Lokman, sebilangan lagi pemimpin berucap di situ bagi hentam tindakakan kerajaan sekarang cuba tekan UMNO dengan pelbagai cara termasuk menerusi proses pendakwaan berpilih terhadap pimpinan parti itu.

Turut berucap seketika kepada mereka ialah bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen BN Rembau Khairy Jamaluddin. Ketika berucap, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berdiri di sebelahnya.

Sementara itu, Nurul Hidayah yang berucap turut ambil peluang tersebut bagi menyuarakan terima kasih atas sokongan mereka yang sanggup berhimpun di mahkamah sejak awal pagi lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori