• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Latihan Lebih Berkesan, Elak Tragedi Berulang

oleh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap latihan yang lebih berkesan perlu diadakan agar tragedi yang melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat tidak berulang pada masa hadapan.

Merujuk kepada tragedi yang melibatkan enam anggota JBPM yang meninggal dunia ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, beliau menyifatkan ia tragedi yang menyedihkan.

“Ini adalah tragedi yang menyedihkan. Kita belum tahu kenapa enam orang tenggelam dalam satu usaha untuk menyelamatkan seorang yang hilang.

“Kita anggap ini satu tragedi dan meminta agar keluarga mangsa bersabar kerana kemalangan berlaku. Kita berharap ia tidak akan berulang lagi. Takziah kepada keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Asean mengenai Pengurusan Bencana yang keenam di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya sama ada bantuan akan disalurkan kepada keluarga mangsa, Dr Mahathir berkata kerajaan akan melihat perkara itu.

Enam penyelam PPDA maut ketika menjalankan operasi SAR seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada 9.15 malam Rabu.

Tragedi itu adalah yang pertama dalam sejarah jabatan itu melibatkan sekumpulan anggota terkorban pada satu masa. – BERNAMA

Tags: BombaMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd