• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Myscan Platform Rujukan Pakar Onkologi Negara

oleh Cj Mnh
01/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan ‘Malaysian Study on Cancer Survival’ (MyScan) yang pertama di Malaysia menunjukkan kadar survival yang tinggi bagi tempoh lima tahun bagi lima jenis kanser, iaitu kanser kelenjar tiroid (82.3 peratus), prostat (73 peratus), rahim (70.6 peratus), kanser payu dara wanita (66.8 peratus) dan kanser kolon atau usus besar (56.8 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan laporan MyScan yang diterbitkan pada tahun ini akan survival 5-tahun secara relatif (RS), kadar survival paling rendah adalah bagi kanser pankreas (14 peratus), kanser hati (12.8 peratus) dan kanser paru-paru (11 peratus).

“Kadar survival juga didapati lebih tinggi di kalangan wanita berbanding lelaki,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Laporan itu juga menunjukkan analisa hazard ratio (HR) dengan pesakit kanser di tahap 4 mempunyai nisbah risiko kematian (HR) 7.52 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser di tahap 1 bagi kanser payu dara, 5.45 kali ganda lebih tinggi bagi kanser pangkal rahim dan 3.86 kali ganda lebih tinggi bagi kanser kolotrektal.

Dr Noor Hisham berkata ia merupakan laporan survival pertama di Malaysia menggunakan data daripada Registri Kanser Kebangsaan dan bakal menjadi platform penting bagi pakar perubatan onkologi untuk membentuk sistem pengumpulan maklumat lengkap mengenai survival kanser di negara ini.

Laporan MyScan itu adalah berdasarkan pada analisis survival kanser bagi 15 jenis kanser tertinggi di Malaysia pertamanya dalam tempoh 2007 hingga 2011 dan kemudian sehingga 2016 dan ia boleh dijadikan titik asas pengukur kepada laporan MyScan yang seterusnya.

“Selain daripada data kadar insiden dan kadar kematian, survival kanser merupakan satu daripada indikator yang penting untuk menilai keberkesanan program kawalan dan pencegahan kanser memandangkan analisis mengikut tahap kanser membuktikan semakin lewat kanser dikesan, semakin rendah kadar survival.

“Untuk itu, penggunaan data survival kanser sebagai pengukur keberkesanan program saringan dan rawatan kanser sangat penting dan kini banyak digunakan oleh para profesional dan penggubal polisi di seluruh dunia termasuk Malaysia,” katanya.

Kajian ini merumuskan bahawa pengesanan awal kanser melalui kaedah saringan yang efektif amat penting untuk meningkatkan survival terutamanya kanser payu dara, pangkal rahim dan kolorektal. Perhatian serius juga perlu diberikan bagi pencegahan kanser paru-paru dalam program pencegahan dan pengawalan tembakau kerana kanser ini mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi. – BERNAMA

Tags: kanserPakar Onkologi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd