• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambah Baik Sekolah Sukan Diperhalusi

oleh Ahmad Albab
16/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu perbincangan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pendidikan (KPM) akan diadakan bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan sistem pendidikan di sekolah-sekolah sukan dalam negara.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kerajaan komited dalam memastikan sekolah sukan sedia ada mempunyai sistem akademik setara dengan prestasi pelajar sekolah itu dalam bidang sukan.

“Saya ada sampaikan maklumat ini kepada Dr Maszlee Malik (Menteri Pendidikan) yang menjaga bab sekolah sukan ini untuk kita memperhalusi langkah-langkah yang patut kita laksanakan bagi menepis tanggapan buruk terhadap imej sekolah sukan.

“Kita mahu berikan komitmen untuk perkembangan sistem pendidikan sukan di Malaysia di mana sekolah itu sendiri perlulah baik, fokus bukan hanya diberi kepada sekolah harian sahaja bahkan sekolah sukan sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Syed Saddiq mengulas laporan sebuah akhbar berhubung ramai bekas pelajar sekolah sukan menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan profesional.

Menurutnya, langkah itu akan dilaksanakan segera bagi menepis tanggapan negatif masyarakat terhadap institusi sekolah sukan terutama pihak yang berminat untuk belajar di situ. – BERNAMA

Tags: KBSSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd