• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup Sementara 6 Jeti Untuk Tambah Baik Keselamatan

oleh Cj Mnh
30/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mengambil langkah menutup sementara enam buah jeti persinggahan di sekitar Kilim Karst Geoforest Park di sini bagi menjalankan pemeriksaan terperinci tahap keselamatannya.

Pengurus Bahagian Geopark LADA, Azmil Munif Mohd Bukhari hari ini berkata jeti-jeti terlibat termasuk di Pulau Anak Tikus, Gua Cherita, Gua Langsir, Teluk Mempelam, Teluk Cina Mati dan Tasik Dalam.

“Kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan akan disegerakan bagi memastikan jeti-jeti ini dapat dilalui dengan selamat,” katanya kepada Bernama di sini bagi mengulas insiden jeti runtuh di Pulau Anak Tikus kelmarin.

“Kita berasa amat sedih dengan kejadian yang berlaku ini dan akan melakukan apa sahaja yang perlu bagi memastikan insiden seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan,” katanya.

Menurutnya usaha penambahbaikan itu memang sudah dalam perancangan LADA sebagai persiapan penilaian semula status Langkawi sebagai tapak Geopark Global Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO Global Geopark) tahun depan.

Azmil Munif berkata susulan kejadian itu, Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Azizan Noordin turut melawat mangsa-mangsa terlibat di Hospital Langkawi semalam dan mendapati tiada seorang pun daripada mangsa yang mengalami kecederaan serius.

“Sebaliknya mereka telah dibenarkan keluar hospital pada hari yang sama setelah mendapat kelulusan doktor dan mereka telah kembali ke negeri mereka hari ini,” katanya merujuk kepada 12 mangsa yang terdiri dari pelajar-pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang terjatuh sejurus jeti itu runtuh.

Beliau berkata insiden itu tidak akan menggugat semangat warga LADA untuk terus menjadikan kawasan Kilim Karst Geoforest Park itu sebagai “bilik darjah semula jadi” khususnya untuk pelajar-pelajar yang ingin mendalami bidang geologi.

Katanya inisiatif LADA adalah membuka peluang lebih luas lagi untuk pelawat menikmati dan mempelajari keadaan geologi semula jadi yang unik di taman ini bagi mendapat pengalaman sebenar, berbanding dengan hanya mengetahuinya melalui pembacaan sahaja.

“Kita bersedia untuk menyediakan lebih banyak lagi kemudahan, bukan sahaja untuk pelancong tetapi juga pencinta bidang geologi datang ke taman ini yang menyajikan khazanah semula jadi yang tidak terdapat di tempat lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: jetiLADALangkawiTambah Baik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd