• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kurang Bukti, Salah Terlepas Hukuman

oleh Ahmad Albab
12/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOHAMED Salah tidak akan didakwa selepas video pemain Liverpool itu menggunakan telefon bimbit semasa memandu tersebar.

Polis mengesahkan mereka tiada bukti kukuh untuk mendakwa Salah.

Video yang tersebar di Twitter pada Ogos lalu menunjukkan pemain kebangsaan Mesir itu menggunakan telefon bimbit semasa memandu ketika meninggalkan Anfield.

Video itu dipercayai diambil selepas aksi menentang West Ham di mana Liverpool menang 4-0 pada 12 Ogos lalu yang menyaksikan Salah menyumbat satu gol.

Liverpool mengesahkan telah memaklumkan kepada polis selepas perbincangan dengan Salah dan akan menyelesaikan perkara itu secara dalaman jika ada tindakan susulan.

Namun Polis Merseyside mengesahkan mereka tiada bukti kukuh untuk mendakwa bekas pemain Roma itu.

“Kami boleh mengesahkan pemain berusia 26 tahun itu telah diambil keterangan susulan insiden di Arkles Lane, Liverpool pada 12 Ogos lalu.

“Soal siasat telah dilakukan dan terdapat bukti tidak mencukupi untuk menyokong pendakwaan. Oleh itu tiada tindakan lanjut diambil.

“Salah telah bercakap dengan pegawai dan diberikan nasihat untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu,” kata jurucakap polis. – Goal.com/mStar Online

Tags: Mohamed SalahPermainan Video
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

United Sukar Ikat De Ligt Gara-Gara Pogba

Next Post

“Anugerah Buat Batu Nisan Pun Tak Laku” – Noorkhiriah Faham Perasaan Jalil

Related Posts

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

20/11/2023
0

MONROVIA, Liberia: Mohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

PS5 Sony Akan Dilancarkan November Ini

17/09/2020
0

SAN FRANCISCO - PlayStation 5 (PS5) Sony yang dinanti-nantikan 'penggemar permainan video' akan dilancarkan pada November ini. Ia sekali gus...

Next Post

“Anugerah Buat Batu Nisan Pun Tak Laku” - Noorkhiriah Faham Perasaan Jalil

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd