• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuching Akan Jadi Bandar Raya Kompetitif, Sihat

oleh
17/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak merancang untuk menjadikan Kuching sebagai sebuah bandar raya yang kompetitif dan sihat, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata bandar yang kompetitif dan sihat adalah penting untuk kemajuan ekonomi kerana ia akan menarik pelaburan dan bakat selain membentuk kehidupan lebih baik bagi semua orang.

“Kita menyedari tentang keperluan reka bentuk yang sesuai untuk bandar-bandar di Sarawak. Sebagai permulaan, kita merancang untuk mereka bentuk Kuching untuk menjadi bandar yang kompetitif dan sihat …

“Kuching telah menjadi sebuah bandar yang besar dan berkembang di Sarawak hasil pandangan jauh serta usaha gigih para pendahulu saya,” katanya semasa merasmikan Persidangan Global mengenai Bandaraya sihat di sini.

Bagaimanapun, katanya cabaran kepada kerajaan sekarang ialah untuk meningkatkan tahap bandaraya Kuching ke tahap pembangunan yang seterusnya.

“Kita telah sampai kepada had pembangunan seperti yang dilihat pada infrastruktur bandaraya Kuching sekarang. Sistem pengangkutan awam yang sedia ada seperti bas, teksi dan kenderaan persendirian mula menimbulkan kesesakan trafik pada persimpangan tertentu, suatu keadaan yang memberi tekanan kerana kita di sini tidak biasa dengan kesesakan trafik. ,

“Bagi pembangunan masa depan di bandaraya Kuching, kita perlu memikirkan kembali sistem pengangkutan awam… kita perlu memperkenalkan sistem bas transit pantas (BRT) dan sistem transit kereta api ringan (LRT),” katanya.

Beliau berkata idea itu bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah lalu lintas sedia yang agak kecil, tetapi untuk menyediakan infrastruktur asas bandar bagi pertumbuhan yang ketara pada tahun-tahun akan datang, dengan jangkaan penggandaan populasi dan pertumbuhan ekonominya.

“Bandaraya yang sihat adalah bandar yang berjaya tetapi bandar yang berjaya tidak semestinya sebuah bandar yang sihat,” katanya, sambil menambah bahawa cabaran kerajaan negeri adalah untuk membina bandar-bandar yang berjaya dan sihat di Sarawak.

“Kita sedang menuju kearah itu. Walaupun perjalanan itu tidak mudah kerana terlalu banyak kekangan politik, namun jalan untuk menuju ke hadapan adalah jelas, “katanya.

Justeru, beliau berkata, terdapat keperluan untuk mencari cara bagaimana untuk mengatasi halangan dan kekangan politik untuk terus menuju ke kehidupan yang sihat – BERNAMA

Tags: Kuching
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kuching Dilanda Banjir Kilat

Kuching Dilanda Banjir Kilat

18/03/2023
0

KUCHING – Hospital Umum Sarawak (HUS) adalah antara tempat yang dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak malam tadi. Ikuti...

Masjid Hasil Pampasan 6 Mangsa Tragedi MH17 Dibuka

14/05/2019
0

KUCHING - Tanggal 13 Mei menjadi detik bermakna buat seluruh waris mangsa nahas kapal terbang MH17, Tambi Jiee dan Ariza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd