• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palu, Kota Syiar Islam Yang Hadapi Ujian Allah

oleh
10/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA PALU adalah sebuah tempat yang terkenal dengan pusat perkembangan Islam dan tokoh ulama di Sulawesi, Indonesia seperti ‘guru tua’ SIS Al-Jufri.

Penduduk Palu Sofiati Saidi, 60, berkata Palu terkenal dalam kalangan umat Islam yang mahu mendalami ilmu Islam sejak sekian lama.

“Kalau ada yang mengatakan kota ini penuh dengan maksiat, itu adalah tidak benar.

“Islam berkembang subur di sini, kami tidak pernah lupa untuk patuh kepada ajaran agama apatah lagi untuk melanggar ajaran Islam,” katanya yang beranggapan musibah yang melanda Palu sebagai ujian daripada Allah.

Bagi yang pernah datang ke Palu mereka lebih tahu kota itu merupakan antara pusat utama untuk menuntut ajaran Islam di Sulawesi, katanya.

Menceritakan detik kejadian gempa dan tsunami pada 28 September lalu, Sofiati berkata pada hari kejadian bumi Palu bergoncang dan tanah-tanah merekah.

“Air keluar dari tanah, tanah terbelah… berlaku banjir lumpur yang dahsyat menghancurkan semua yang ada di atas muka bumi termasuk kampung saya.

“Ramai saudara saya mati dan baru ditemui semalam… kami sekeluarga selamat dan hingga hari ini masih tidak berani tinggal di dalam rumah,” katanya.

Untuk sementara waktu Sofiati akan tinggal dengan keluarganya di Balikpapan sehinggalah keadaan kembali pulih di Palu.

Menurutnya, kejadian gempa dan tsunami di Palu adalah yang terburuk pernah dialami sepanjang hayatnya.

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 skala Richter yang berpusat di timur laut Donggala menggoncang Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah yang disusuli dengan tsunami setinggi tiga meter.

Setakat Selasa, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia melaporkan sejumlah 1,763 terkorban akibat bencana itu manakala kira-kira 5,000 orang dilaporkan hilang. – BERNAMA

Tags: gempa bumi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  CARACAS – Venezuela dilanda dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 dalam tempoh hanya 39 saat,...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd