• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Rampas Ubat Tidak Berdaftar Bernilai RM25 Juta

oleh Cj Mnh
18/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merampas produk ubat tidak berdaftar bernilai RM25.7 juta menerusi lebih 1,000 serbuan yang dilakukan sehingga September tahun ini di seluruh negara.

Timbalan Pengarah (Perisikan dan Operasi) Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian KKM Adnan Salimin berkata serbuan berkenaan dilakukan di 88 kawasan ‘panas’ di mana terdapat 700 premis yang dikategorikan sebagai tegar menjual produk berkenaan.

“Kawasan hotspot berkenaan ialah kawasan tumpuan di pusat bandar dan pekan kecil selain kawasan yang menjadi tumpuan warga asing.

“Kawasan penempatan peneroka Felda dan Felcra serta sekitar hab pengangkutan awam seperti bas dan kereta api juga turut termasuk dalam kawasan hotspot ini,” katanya ketika ditemui Bernama.

Beliau berkata faktor utama yang menjadikan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan panas ialah permintaan orang ramai terhadap produk berkenaan yang pengedar dan penjual akan mengambil kesempatan terhadap permintaan tersebut.

Adnan berkata empat jenis produk ubat tidak berdaftar utama yang ditemui dalam rampasan pada tahun ini ialah produk pelangsingan yang menyumbang kepada RM961,595 nilai rampasan diikuti produk peransang seks (RM530,616), produk penahan sakit (RM376,680) dan produk injeksi kecantikan (RM137,187).

“Kami juga mendapati kebanyakan produk penahan sakit adalah adalah produk yang diimport manakala produk dari jenis yang lain dihasilkan di dalam negara secara tidak sah,” katanya.

Produk-produk ini antaranya mengandungi bahan seperti steroid bagi produk penahan sakit, sibutramine bagi produk pelangsing, sildenafil dan tadafil bagi peransang seks dan hydroquinone bagi injeksi kecantikan.

Mengulas lanjut, beliau berkata memang terdapat pesakit yang menerima rawatan di hospital kerana kesan pengambilan produk berkenaan yang juga dikenali sebagai ‘Adverse Drug Reaction’ iaitu 40 aduan telah dicatat di seluruh negara pada tahun ini.

Adnan berkata Bahagian Penguatkuasaan Farmasi akan meneruskan operasi membanteras penjualan ubat tidak berdaftar meskipun berhadapan cabaran terutama penjualan produk berkenaan secara dalam talian dan mencari lokasi penghasilan secara haram produk berkenaan.

“Kami juga melaksanakan inisiatif menerusi Program DiPS (Didik, Pantau, Serbu) di bawah Pelan Strategik Perkhidmatan Farmasi 2017-2020.

“Menerusi inisiatif ini, untuk tahun 2017, peratus jualan produk ubat tidak berdaftar di kawasan panas menurun sebanyak 63.3 peratus,” kata Adnan.

Untuk rekod, pada 2016, nilai rampasan bagi produk ubat tidak berdaftar RM47 juta menerusi 1,396 serbuan diikuti RM68.8 juta menerusi 1,405 serbuan pada 2017. – BERNAMA

Tags: KKMubat tidak berdaftar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd