• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khazanah: Tiada Perbincangan Untuk Lantik Pegawai Asing

oleh Ahmad Albab
08/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd belum membincangkan tindakan untuk melantik warga asing sebagai ahli lembaga pengarahnya, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin yang merupakan ahli lembaga Khazanah, berkata mesyuarat pertama yang berlangsung bulan lepas membincangkan perlunya perwakilan yang padu serta pasukan profesional yang sudah biasa dengan isu-isu bagi mengelola dan mengurus (Khazanah).

“Tidak ada perbincangan mengenainya (mengambil pekerja asing),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Khazanah Megatrends 2018 bertema ‘Keseimbangan” Membentuk Pasaran, Firm, Persatuan dan Rakyate’, di sini hari ini.

The Star baru-baru ini melaporkan bahawa warga asing boleh dilantik sebagai ahli lembaga lembaga pengarah, yang merupakan sebahagian daripada strategi kumpulan itu untuk memanfaatkan kepakaran yang pelbagai.

Ditanya sama ada terdapat perubahan dalam mandat pelaburan Khazanah, Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, berkata ia perlu melihat cabaran baharu termasuk memisahkan pembangunan strategik Khazanah dan bahagian komersialnya.

“Saya berpendapat beberapa program pembangunan strategik perlu dipertingkat dari segi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pelaburan hijau.

“Bagi aspek komersial, kami terlibat dengan syarikat-syarikat yang berbeza untuk memastikan pulangan yang baik dan positif kepada syarikat, dan pada masa yang sama Khazanah berperanan untuk terlibat dalam R&D selain membantu kerajaan dalam aset-aset strategik,” kata Mohamed Azmin.

Sementara itu, bagi semakan laporan separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11 minggu depan, Mohamed Azmin berkata masalah dan cabaran pembangunan akan dikenal pasti dan inisiatif baharu akan dicadangkan.

“Kami juga akan bertemu editor dari media sehari dua sebelum pembentangan laporan itu,” katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membentangkan laporan itu di Parlimen pada 18 Okt. – BERNAMA

Tags: Azmin Alikhazanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd