• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kewangan Kritikal, Felda Rancang Jual Aset, Kurangkan Hutang Kepada RM6.8b

oleh Ahmad Albab
15/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Felda kini berada dalam keadaan kritikal selepas menanggung hutang berjumlah RM8 bilion sehingga Jun 2018, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, syarikat perladangan tersebut telah merancang untuk menjual aset-aset bukan strategiknya seperti di Sabah, Sarawak serta London.

Ujarnya, penjualan aset-aset itu dijangka menyumbang sebanyak RM2.2 bilion.

“Melalui kaedah-kaedah ini Felda dijangka mengurangkan hutang sebanyak 15 peratus kepada RM6.8 bilion pada akhir tahun ini.

“Kaedah ini dapat menampung sebahagian daripada komitmen Felda kepada 112,635 peneroka,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang bertanya apakah benar aliran tunai Felda hampir kosong dan langkah yang akan diambil kerajaan untuk memastikan nasib peneroka terbela.

Ujar Mohamed Azmin, walaupun situasi aliran tunai Felda kritikal, kerajaan akan terus komited memulihkan kewangan badan itu dalam tempoh dua tahun.

“Kerajaan memberikan komitmen untuk memulihkan Felda secepat mungkin demi kesejahteraan peneroka-peneroka selaras dengan matlamat penubuhan Felda di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956,” ujarnya.

Kerajaan akan membentangkan kertas putih pada sidang Parlimen kali ini bagi mengemukakan isu-isu dan langkah-langkah kewangan serta tadbir urus mengenai syarikat perladangan terbesar negara itu.

Mohamed Azmin berkata, pelan pemulihan kedudukan aliran tunai Felda merupakan pelan jangka panjang yang sedang diberikan tumpuan oleh Lembaga Pengarah dan pengurusan Felda yang baharu dilantik pada Julai 2018. – www.astroawani.com

Tags: Azmin AliFelda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Subsidi Pekebun Kecil Kelapa Sawit Bergantung Bajet 2019

Next Post

PDRM & Kerajaan Akan Fail Permohonan Batal Saman Abd Rauf

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Next Post

PDRM & Kerajaan Akan Fail Permohonan Batal Saman Abd Rauf

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd