• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesesakan, Sistem Pengangkutan Bandar Melaka Sedang Ditangani

oleh
13/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri sedang dan akan melaksana pelbagai langkah penyelesaian masalah kesesakan jalan dan sistem pengangkutan di bandar Melaka, kata Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Beliau berkata antara langkah penyelesaian yang diambil adalah mempromosi pengangkutan awam, berjalan kaki dan berbasikal di bandar, mengurus parkir dan trafik secara berkesan; dan reka bentuk jalan dan ruang lebih baik di bandar tersebut.

“Saya sedar akan rungutan dari segi kesesakan jalan dan sistem pengangkutan awam di bandar Melaka.

“Ketua Menteri telah beri jaminan kepada saya langkah penyelesaian diambil,” katanya ketika berucap pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2018 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Lima menteri Kabinet antara 161 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka pada sesi pertama istiadat penganugerahan hari ini bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Melaka.

Lima menteri itu menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran ‘Datuk Seri’ ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun; Menteri Kesihatan Dr Dzulkeply Ahmad; Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan MD Yusof; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan sesi kedua istiadat itu dijadual 10 Nov ini dengan 258 bakal menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka.

Sementara itu, Mohd Khalil menggesa penjawat awam di negeri ini memberikan sepenuh sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka yang baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas.

Beliau berkata sokongan itu amat penting dalam memastikan pelbagai inisiatif dilaksana kerajaan negeri untuk memakmurkan Melaka dapat dicapai seterusnya memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

“Ketua Menteri ambil tindakan yang mendapat reaksi positif dalam mentadbir kerajaan negeri ini, saya seru beri sokongan padu kepada kerajaan ini untuk pastikan kejayaan dan kebajikan rakyat.

“Saya gembira lihat Ketua Menteri dapat sokongan rakyat bagi menjamin stabiliti pemerintahan dan Ketua Menteri telah menyusun semula agensi dan anak syarikat bagi memberi hala tuju lebih berkesan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tun Mohd Khalil Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perikatan Nasional Melaka Menghadap TYT Kali Kedua

06/03/2020
0

AYER KEROH - Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob, hari ini bersetuju menerima kunjungan kali kedua semua...

Istiadat Angkat Sumpah KM Melaka Ditangguh

05/03/2020
0

MELAKA - Yang Dipertua Melaka, Mohd Khalil Yaakob menangguhkan istiadat angkat sumpah ketua menteri ke-12 ke Isnin depan. Setiausaha Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd