• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesedaran Lelaki Pahang Jalani Pemeriksaan Prostat Masih Rendah

oleh Cj Mnh
01/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kadar kesedaran kaum lelaki di Pahang untuk menjalani pemeriksaan penyakit berkaitan kelenjar prostat termasuk kanser masih berada pada tahap rendah.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata setakat semalam, hanya 1,500 individu tampil menjalani pemeriksaan yang diadakan di klinik kesihatan melibatkan sembilan daerah di negeri ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 50 peratus daripadanya dikesan mempunyai penyakit berkaitan kelenjar prostat dengan sebilangannya dikesan menghidapi penyakit kanser prostat peringkat awal.

“Pemeriksaan asas adalah percuma dan hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit… selain kurangnya kesedaran untuk menjalani pemeriksaan, ramai yang beranggapan simptom awal penyakit itu adalah sejajar dengan faktor penuaan,” katanya semasa ditemui Bernama di sini, hari ini.

Dr Sha’ari berkata mereka yang perlu menjalani pemeriksaan ialah mereka yang berusia 50 tahun ke atas yang mempunyai masalah membuang air kecil, antaranya kerap kencing malam, kencing perlahan, meneran semasa kencing atau sukar untuk mula membuang air kecil.

Selain itu, lelaki yang berusia 40 tahun ke atas yang mempunyai sejarah kanser dalam keluarga juga digalakkan untuk membuat pemeriksaan, katanya

“Ada yang memandang ringan simptom ini sedangkan tidak semua pembengkakan prostat itu membawa maksud kanser. Itu sebabnya penting untuk menjalani pemeriksaan yang boleh dilakukan di mana-mana klinik kesihatan,” katanya.

Dr Sha’ari berkata pihaknya juga telah melaksanakan Kempen Kesedaran Penyakit Prostat Peringkat Pahang yang dijadikan acara tahunan sejak 2010 bagi meningkatkan kesedaran kepada kaum Adam.

Katanya, Jabatan Urologi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, yang mula beroperasi sejak 2002 juga mempunyai pakar sehingga menjadi pusat rujukan tertiari bagi perkhidmatan urologi di Pantai Timur.

“Jabatan Urologi HTAA juga merupakan pusat rujukan utama pembedahan urologi di Malaysia, selain perkhidmatan lain seperti (rawatan) ‘benign prostatic hyperplasia (BPH)’ iaitu pembesaran prostat, kanser prostat, kanser buah pinggang, penyakit berkaitan pundi kencing dan endourologi.

“Pemeriksaan awal termasuk dalam kes berkaitan BHP membolehkan rawatan diberikan atau dalam beberapa kes memerlukan pembedahan,” katanya. – BERNAMA

Tags: pemeriksaanprostat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Jalani Pemeriksaan Di IJN

PM Jalani Pemeriksaan Di IJN

05/02/2023
0

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan dirinya menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi...

Pemeriksaan Terhadap Kumpulan Penyanyi Wanita Dibuat Polis Berpakaian Preman

Pemeriksaan Terhadap Kumpulan Penyanyi Wanita Dibuat Polis Berpakaian Preman

23/12/2022
1

PETALING JAYA : Polis bersedia menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku anggotanya ketika membuat pemeriksaan terhadap empat wanita yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd