Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Sederhana Landa...

GEMPA bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Halmahera, Indonesia pada 1.23...

Kerajaan, Syarikat Penerbangan Bincang...

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi menyediakan inisiatif...

Ahmad Zahid Mahu Anggota...

GEORGE TOWN - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

JDT Mara Separuh Akhir...

JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke separuh akhir Piala FA...

Kes Rosmah Dapat Perhatian Netizen Dalam Media Sosial

KUALA LUMPUR – Media sosial dan portal berita menjadi tumpuan netizen dalam dan luar negara mengikuti proses pendakwaan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor berhubung kes pengubahan wang haram, hari ini.

Setakat 11.10 pagi, akaun media sosial Facebook, Twitter dan Instagram serta beberapa saluran media lain yang memaparkan lintas langsung kes itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, dihujani pelbagai komen dan reaksi netizen.

Pelbagai komen dilontarkan netizen dengan seorang pengguna Facebook, Failiz Tid berharap Rosmah diberi peluang membela diri.

Biarlah mahkamah tentukan, kalau benar merompak hak negara dan rakyat, biarkan dia (Rosmah) menerima hukuman, katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Sara Velu memberi komen “Bring justice to our country and to the rakyat even though its sad to see (Tegakkan keadilan kepada negara dan rakyat meskipun sedih untuk melihatnya),” katanya.


Rosmah tiba di lokasi itu kira-kira 8.27 pagi dengan sebuah kenderaan dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Semalam, SPRM mengesahkan telah menahan Rosmah berhubung siasatan pengubahan wang haram setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. — BERNAMA

Kategori