• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kematian Kucing: Seorang Lagi suspek Direman

oleh Cj Mnh
08/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lagi suspek berhubung kes penderaan seekor kucing yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian dan dijumpai mati di sebuah kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria, Batu Caves, ditahan reman empat hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 41 tahun itu sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan berhubung kes bunuh kucing itu.

Siasatan terhadap lelaki yang merupakan pekerja kontrak itu dilakukan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan membunuh binatang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu,suspek yang diwakili peguam Rajasurian Pillai masuk ke dalam bilik reman jam 10.15 pagi dan diiringi anggota polis dan keluar kira-kira 45 minit kemudian.

Difahamkan, polis menahan suspek di Seri Kembangan malam tadi selepas melarikan diri hampir sebulan selepas kejadian itu.

Pada 21 Sept lalu, dua rakannya, A. Mohanraj, 41, pemandu teksi dan rakannya, S. S. Satthiya, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan dengan kejam menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap haiwan itu. – BERNAMA

Tags: Kedai Dobikucing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd