• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Jenayah Komersial Di Terengganu Meningkat

oleh
21/10/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 172 kes berkaitan jenayah komersial yang melibatkan kerugian sehingga RM4.15 juta dikesan di Terengganu bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Ketua Polis negeri Datuk Aidi Ismail berkata jumlah itu meningkat kira-kira 28 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 134 kes dengan jumlah kerugian sebanyak RM1.71 juta.

Katanya daripada 172 kes berkenaan, 98 kes melibatkan penipuan oleh ‘macau scam’ manakala e-belian (jualan dalam talian) sebanyak 37 kes serta ‘love scam’ dan ‘parcel scam’, juga 37 kes.

“Mereka ini bergerak dalam sindiket yang didalangi tiga kumpulan terdiri daripada orang tempatan, Afrika Selatan atau China,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Allaudeen Abd Majid dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superitendan Mohd Rawi Ab Ghani.

Pada majlis itu, Superitendan Kamsani Hassan yang merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Besut dilantik menjadi Ketua Jabatan Pengurusan Terengganu menggantikan Superitendan Rosdi Shariff yang bersara.

Dalam perkembangan sama, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dan panik apabila menerima panggilan mencurigakan daripada pihak yang menyamar sebagai polis, bank atau pihak berkuasa lain.

Aidi berkata golongan yang sering menjadi mangsa penipuan ‘love scam’ terdiri daripada wanita bujang manakala ‘macau scam’ pula terdiri daripada pelbagai latar belakang terutama mereka yang pernah mempunyai hutang atau bil-bil tertunggak.

“Saya nak tekankan di sini bahawa pihak polis tidak akan membuat panggilan kepada mana-mana orang awam begitu juga dengan pihak berkuasa lain atau bank. Jika ada sebarang kes kita akan hantar surat untuk panggil individu itu datang jumpa dan bukannya dengan menelefon dan meminta data peribadi yang nyata menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai sindiket atau kegiatan tersebut supaya menghubungi Superitendan Mohd Rawi Ab Ghani di talian 019-5707528 atau ASP Mohd Amir Mohd Hadi di talian 019-6209348 bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, Aidi berkata polis kontinjen Terengganu sudah bersiapsiaga menghadapi kemungkinan banjir yang sering melanda negeri ini setiap tahun.

“Walaupun maklumat daripada Jabatan Meteorologi belum menunjukkan akan berlakunya banjir dalam masa terdekat, kita telah menjalankan persiapan awal dengan menyiapkan 1,500 pegawai dan anggota untuk siap siaga di samping persiapan aset kenderaan seperti bot dan lori.

“Jika jumlah ini tidak mencukup, kita akan kerah semua 2,900 pegawai dan anggota seluruh negeri untuk membantu termasuk memastikan rondaan di kawasan rumah yang ditinggalkan mangsa banjir bagi mengelak kecurian,” katanya.

Berdasarkan pengalaman lepas, beliau berkata jumlah 1,500 petugas mencukupi kerana pihaknya turut menerima bantuan daripada agensi keselamatan lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) . – BERNAMA

Tags: Jenayah Komersial
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

45  Guru Jadi Mangsa Jenayah Komersial, Rugi RM1.2 Juta

45  Guru Jadi Mangsa Jenayah Komersial, Rugi RM1.2 Juta

29/08/2024
0

Kuantan : Sebanyak 45 kes jenayah komersial dengan nilai kerugian RM1.2 juta direkodkan membabitkan mangsa dalam kalangan guru di Pahang...

Jenayah Komersial Catat RM1.2 Bilion Kerugian Setakat 7 Julai

Jenayah Komersial Catat RM1.2 Bilion Kerugian Setakat 7 Julai

13/07/2024
0

Kuala Lumpur : Polis merekodkan jumlah kerugian membabitkan kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan sebanyak 83 peratus iaitu RM1.2 bilion setakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd