Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Nepal Haramkan OKU Mendaki...

NEPAL kini dikhabarkan dalam usaha untuk mengharamkan orang kurang upaya (OKU) daripada mendaki...

Rozita Hadir Bagi Semakan...

SHAH ALAM - Selepas gagal hadir bagi semakan semula hukuman di Mahkamah Tinggi...

Ibu ‘Perasan’ Muda, Berpakaian...

SEORANG wanita yang muncul di kaca televisyen untuk menunjukkan bahawa dia seiras anak...

Tiada Paras Selamat Alkohol...

Menurut beliau, mereka yang berada di bawah pengaruh alkohol tidak berkemampuan untuk mengendalikan kenderaan.

Kes 1MDB Najib Pindah Ke Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR – Kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang berdepan 25 dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan jumlah RM2.28 bilion yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB), akan didengar di Mahkamah Tinggi.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang membenarkan permohonan Najib untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

“Kesemua 25 pertuduhan ini mengandungi transaksi yang begitu banyak dan melibatkan kepentingan awam, di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Satu lagi kes melibatkan SRC International juga telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Saya berpandangan bahawa pemindahan ini akan mempercepatkan keadilan ditegakkan. Justeru, saya membenarkan permohonan ini mengikut Seksyen 417 (1)(e) Kanun Tatacara Jenayah,” kata hakim itu.

Terdahulu, pesara Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, memberitahu mahkamah bahawa hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Najib untuk memindahkan kesnya dan pihak pendakwaan tiada bantahan.

“Ini demi keadilan. Jika tidak, kita akan ada kes yang sebahagiannya dibicarakan di Mahkamah Sesyen, sebahagian lagi di Mahkamah Tinggi,” katanya.


Peguam Harvinderjit Singh, yang mewakili Najib, memberitahu mahkamah pihak pembelaan akan berhujah dalam isu yang baharu dan kompleks dalam kes itu yang seharusnya didengar di Mahkamah Tinggi.

Ketika ditanya oleh hakim tentang jumlah pendakwaan yang dihadapi Najib, Harvinderjit berkata anak guamnya itu berdepan empat pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Beliau didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, No. 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 2011 dan 2014. – BERNAMA

Kategori