• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NS Peruntuk RM33,000 Bina Semula Rumah Mangsa Kebakaran

oleh
03/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan negeri akan memberi peruntukan sebanyak RM33,000 kepada seorang warga emas yang rumahnya terbakar tengah hari tadi di Kampung Ismail, Ampangan dekat sini.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata peruntukan itu bagi membantu Alimah Abu Bakar, 93, untuk membina semula rumahnya yang musnah dalam kebakaran itu.

“Kita akan tunggu dahulu laporan forensik sebelum luluskan pembinaan rumah ini sebab kita tidak mahu ganggu siasatan yang sedang dijalankan. Lepas semuanya sudah selesai, kita akan siapkan secepat mungkin dengan rumah berkonsepkan mesra rakyat.

“Kita juga akan memohon bantuan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dari segi pendawaian tetapi peruntukan pembinaan rumah sepenuhnya dari kerajaan negeri sendiri,” katanya kepada media selepas melawat lokasi kejadian petang tadi.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Mokhtar Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.13 petang mengenai kebakaran sebuah rumah limas yang berusia 61 tahun itu.

“Sebanyak tiga jentera dan enam anggota bomba terlibat dalam operasi ini yang mengambil masa kira-kira dua jam untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran itu.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM100,000 manakala punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mangsa Kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nazrin Dijumpai Tidak Seperti Mangsa Kebakaran Lain

08/11/2019
0

SHAH ALAM - Seorang saksi kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini...

Metallica Derma RM414,000 Untuk Mangsa Kebakaran

08/11/2019
0

AMERIKA SYARIKAT - Kumpulan rock legenda, Metallica melalui yayasannya All Within My Hand mendermakan sebanyak AS$100,000 (kira-kira RM414,000) sebagai tanda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd