• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Melaka Lapor Polis ‘Pemasyhuran Sultan Melaka’

oleh
29/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka hari ini membuat satu laporan polis tentang satu majlis ‘pemasyhuran’ seorang individu di laman sosial yang menggunakan nama Sultan Mansor Shah III sebagai ‘Sultan Melaka’, sekitar minggu lepas.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Maslina Baki berkata beliau yang mewakili kerajaan Negeri Melaka berkata pihaknya menerima maklumat mengenai majlis pemasyhuran itu dan laporan dibuat untuk bagi membolehkan pihak polis menjalankan soal siasat.

“Saya telah membuat laporan polis dan menunggu siasatan yang akan dilakukan oleh pihak polis,” katanya kepada pemberita di selepas membuat laporan itu di Balai Polis Ayer Keroh di sini hari ini.

Seorang individu yang menggunakan nama Sultan Mansor Shah III dalam sebuah akaun laman sosial Facebook pada Khamis lepas (25 Okt) menyiarkan gambar-gambar mendakwa dirinya ditabalkan menjadi ‘Sultan Melaka’.

Maslina berkata laporan polis itu juga dibuat bagi mengelak berlakunya unsur-unsur yang tidak diingini di negeri ini.

Beliau berkata pihaknya akan menunggu arahan selanjutkan daripada pihak polis samada perlu membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau tindakan lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi menyesahkan polis menerima laporan tersebut. – BERNAMA

Kapsyen foto: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Maslina Baki ketika menjawab pertanyaan media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh, hari ini. – Foto Bernama

Tags: sultan melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Rayuan Kekal Pembebasan ‘Sultan Melaka’

03/01/2020
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan pembebasan ahli perniagaan, Noor Jan Tuah daripada empat pertuduhan menipu dan menyamar sebagai...

Mahkamah Tinggi Kekalkan ‘Sultan Melaka’ Bebas

10/04/2019
0

MELAKA - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan seorang ahli perniagaan, Noor Jan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd