• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keracunan Makanan: 3 Kes Baharu Dilapor Di Perak

oleh
13/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bilangan kes keracunan makanan (KRM) disyaki berpunca daripada memakan laksa yang dibeli di sebuah premis di Kupang, Baling, Kedah, kini meningkat kepada 83 termasuk dua kematian.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini susulan tiga kes baharu dilaporkan di Perak semalam.

“Mengikut pecahan, 34 kes termasuk dua kes kematian dilaporkan di Perak, 25 kes di Kedah dan 24 kes di Selangor. Hanya satu kes masih berada di hospital dan (pesakit) berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Dzulkefly berkata kementerian sedang menunggu keseluruhan keputusan daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Pulau Pinang bagi 10 sampel makanan yang dihantar untuk ujian.

Ia merangkumi empat sampel mi laksa, empat sampel kuah laksa dan dua sampel bahan campuran salad untuk laksa.

“Untuk mengesahkan punca keracunan makanan memerlukan analisis menyeluruh dengan mengambil kira keputusan makmal, maklumat klinikal pesakit, analisa makanan yang terlibat dan penilaian persekitaran,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: Keracunan Makanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Telco Sedia Benar Pelanggan Sedia Ada Beralih Pakej

Next Post

Gemuk Halang Ramai Belia AS Sertai Tentera

Related Posts

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

03/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 16 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru dilapor mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam disyaki...

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

25/09/2024
0

IPOH - Seramai 86 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini mengalami muntah dan cirit-birit termasuk seorang dimasukkan ke Hospital...

Next Post

Gemuk Halang Ramai Belia AS Sertai Tentera

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd