• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Ujian Laksa Di Baling Sehari Dua Lagi

oleh
13/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Keputusan ujian sampel laksa yang diambil daripada sebuah premis di Kampung Landak, Baling dekat sini yang disyaki punca keracunan dan menyebabkan dua kematian, dijangka diketahui selewat-lewatnya dua hari lagi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata pihakya perlu menunggu laporan penuh ujian sebelum dapat mengesahkan punca kejadian.

“Sekiranya berpunca daripada laksa di premis berkenaan tindakan akan diambil,” katanya kepada pemberita pada Karnival Kesihatan Alor Setar 2018 ‘Kempen Gaya Hidup Sihat’ di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh.

Dr Lee berkata setakat semalam, terdapat tiga kes baharu di Perak menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 83 kes dengan pecahan 34 kes di Perak (termasuk dua kematian), 25 di Kedah dan 24 di Selangor serta satu kes masih berada di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Dr Lee berkata pihaknya akan melipatgandakan promosi serta kempen larangan merokok di semua restoran dan premis makanan sebelum ia dikuatkuasakan pada 1 Januari 2019.

“Kita akan kuat kuasakan larangan merokok tersebut, tetapi sebelum itu kempen dan promosi mengenainya akan dilakukan untuk mendidik masyarakat tentang bahaya rokok dan kesannya kepada orang ramai sebelum kita ambil tindakan nanti,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini termasuk warung di tepi jalan, berkuat kuasa 1 Jan depan. – BERNAMA

Tags: Keracunan Makananlaksa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

03/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 16 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru dilapor mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam disyaki...

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

25/09/2024
0

IPOH - Seramai 86 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini mengalami muntah dan cirit-birit termasuk seorang dimasukkan ke Hospital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd