• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedai Ganja Di Kanada Terputus Bekalan

oleh Ahmad Albab
19/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

OTTAWA – Kedai menjual ganja di sebahagian kawasan di Kanada berdepan kekurangan bekalan, dua hari selepas penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi dibenarkan.

Kebanyakan pengguna bersemangat dengan penghapusan larangan itu, namun sebahagian lagi kecewa kerana tidak dapat membeli ganja pada hari pertama.

Harga yang agak tinggi dari $5.95 dolar Kanada (RM18.94) di Quebec hingga $18.99 (RM60.44) satu gram di Saskatchewan berbanding pasaran gelap yang menyaksikan harga purata tahun lalu turun kepada $6.79 (RM21.60) turut menjadi isu hangat.

Seorang pembeli, Alexandre, 30 berkata beliau diminta beredar pada jam 9 malam (waktu tempatan) selepas beratur selama tujuh jam di sebuah kedai di pusat bandar Montreal Rabu lalu.

“Cuaca amat sejuk, memang teruk. Tapi kami seronok bersembang dengan orang ramai dan turut berkongsi ganja.”

kata Alexandre yang kembali semula pada pagi Khamis.

Di Ontario, wilayah paling padat penduduk, 38,000 pesanan ganja bernilai kira-kira $750,000 (RM2.4 juta) diproses dalam masa beberapa jam Rabu lalu manakala di Quebec 42,000 pesanan diproses di kedai dan dalam talian.

“Jumlah pesanan ini jauh melebihi ramalan SQDC. Sukar untuk menjangkakan jumlah jualan kerana kekurangan data dari sektor yang sebelum ini dianggap terlarang,” kata peruncit ganja kerajaan Quebec itu.

Rabu lalu, Kanada menjadi ekonomi utama dunia pertama dan negara kedua membenarkan penggunaan ganja secara rekreasi.

Perdana Menteri Justin Trudeau mempertahankan langkah itu sebagai usaha melindungi golongan muda dan bertujuan menyekat kegiatan pengedaran dadah. – AFP/BH ONLINE

Tags: ganjaKanada
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

‘Tangkap Netanyahu Jika Jejak Kaki Ke Kanada’

‘Tangkap Netanyahu Jika Jejak Kaki Ke Kanada’

21/10/2025
0

OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Mark Carney dengan nada tegas mengumumkan bahawa negaranya akan menahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd